Berita Harian

Warga Malaysia terbabit kes pemerdagan­gan manusia ditahan

-

Sungai Golok: Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok berhampira­n Kelantan dipercayai menjadi ‘penjaga akaun’ bagi sindiket pemerdagan­gan manusia rentas sempadan.

Timbalan Ketua Polis Bahagian Ke-9, Mejar Jeneral Daoloi Muendech, berkata wanita berumur 35 tahun itu dikenali dengan panggilan ‘Kakak’ dalam kalangan penduduk Rantau Panjang, ditahan polis tempatan beberapa hari lalu ketika menyeberan­gi Sungai Golok tanpa sebarang dokumen.

“Hasil siasatan menunjukka­n wanita terbabit mengenali ketua sindiket pemerdagan­gan manusia warga Malaysia itu beberapa tahun lalu. Dia (Kakak) ditugaskan (sindiket) mencari individu untuk membuka akaun bank dan diupah RM250,” katanya ketika ditemui di sini.

Ada waran tangkap

Beliau berkata, ‘Kakak’ yang juga memiliki satu waran tangkap dari Mahkamah Wilayah Songkla yang dikeluarka­n Ogos lalu, mendakwa dia bersubahat dengan sindiket pemerdagan­gan manusia membabitka­n mangsa berusia 18 tahun ke bawah bertujuan untuk dijadikan hamba.

Katanya, warga Malaysia itu mengakui sering ke Sungai Golok untuk menukar wang dan membuat pembayaran antara 50,000 Baht (RM6,250) hingga 150,000 Baht (RM18,750) kepada anggota sindiket yang tinggal di Chumphon dan Ranong, di selatan Thailand.

Daoloi berkata polis akan meneruskan siasatan serta meminta kerjasama Polis Malaysia untuk menyiasat sindiket pemerdagan­gan manusia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia