Berita Harian

Tiga maut treler rempuh kereta

Pemandu lori cuba elak haiwan masuk ke laluan bertentang­an

- Oleh Farah Suhaidah Othman dan Zulsyamini Sufian Suri

Tiga termasuk dua beradik maut selepas kereta dinaiki bertembung sehingga terperosok bawah sebuah treler sebelum diseret ke dalam parit di Kilometer 44.5 Jalan Ipoh-taiping dekat Kampung Jamuan, di sini, malam kelmarin.

Kemalangan ngeri kira-kira jam 8 malam itu menyebabka­n Muhammad Asyraf Hamdan Al Fikri, 27 dan adiknya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Irfan, 17, maut.

Yang turut maut ialah jiran keduadua mangsa, Muhammad Amirul Fahmi Samsudin, 12, yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 24 September ini, manakala pemandu treler berusia 40 tahun cedera di bahagian kepala.

Semua mereka yang menaiki kereta jenis Nissan Sunny maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superinten­dan Zahiri Hassan, berkata siasatan awal mendapati treler tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Sungai Siput menghala ke Kuala Kangsar, sementara kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa pula dari arah bertentang­an.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian treler berkenaan dipercayai mengelak seekor binatang sebelum hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentang­an dan bertembung kereta dinaiki tiga mangsa terbabit.

Keadaan jalan gelap

“Berdasarka­n siasatan awal, pemandu treler berkenaan tidak dapat mengenal pasti binatang yang dielaknya berikutan keadaan gelap.

“Berikutan itu, treler dipandu masuk ke laluan bertentang­an dan merempuh kereta sehingga terperosok di bawah treler,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zahiri berkata, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian, manakala pemandu treler cedera ringan.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, manakala pemandu treler dihantar hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abdul Sattar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian berhampira­n pusat timbang Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 malam.

“Anggota bomba terpaksa meminta bantuan kren milik sebuah syarikat swasta untuk mengangkat treler berkenaan.

“Bomba turut mengalami kesukaran mengeluark­an mayat mangsa berikutan kereta terbabit tersangkut di kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bervoltan tinggi dan meminta bantuan syarikat itu bagi memutuskan bekalan elektrik di kawasan itu untuk sementara waktu,” katanya.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? terbabit nahas di Kilometer 44.5 Jalan Ipoh-taiping, kelmarin. Gambar kanan, jenazah disembahya­ngkan di Masjid Kampung Beluru, Kuala Kangsar, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] terbabit nahas di Kilometer 44.5 Jalan Ipoh-taiping, kelmarin. Gambar kanan, jenazah disembahya­ngkan di Masjid Kampung Beluru, Kuala Kangsar, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Keadaan kereta yang dinaiki tiga mangsa
Keadaan kereta yang dinaiki tiga mangsa
 ??  ?? Muhammad Irfan Hamdan Al Fikri
Muhammad Irfan Hamdan Al Fikri
 ??  ?? Muhammad Amirul Fahmi Samsudin
Muhammad Amirul Fahmi Samsudin
 ??  ?? Muhammad Asyraf Hamdan Al Fikri
Muhammad Asyraf Hamdan Al Fikri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia