Berita Harian

2 lelaki maut nahas dua kereta bertembung

-

Kluang: Dua lelaki maut selepas kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta yang memasuki simpang secara tiba-tiba dalam kejadian di Kilometer 3 Jalan Kluang - Teck Wah Heng, dekat sini semalam.

Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteram­an Awam, Asisten Superinten­dan Azmi Suratman, berkata RC Sanjay, 25, yang duduk di kerusi belakang, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian pada jam 6.15 pagi itu.

Katanya, M Guruprasha­th, 19, yang duduk di kerusi penumpang hadapan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dekat sini.

“Pemandu kedua-dua kereta itu, K Murugan, 27, dari Taman Puteri dan Pang Li Wei, 21, dari Taman Pelangi turut cedera dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tak sempat elak

Azmi berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Murugan dari arah Renggam ke Kluang tidak sempat mengelak kereta dipandu oleh Li Wei yang memasuki simpang ke Taman Muhibbah secara tiba-tiba ketika lampu isyarat dipercayai masih merah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan APJ 1987 dan dalam masa sama mengharapk­an pengguna jalan yang menyaksika­n kejadian tampil menyalurka­n maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? Keadaan kereta Kancil dipandu K Murugan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kluang - Teck Wah Heng pada jam 6.15 pagi semalam.
Keadaan kereta Kancil dipandu K Murugan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kluang - Teck Wah Heng pada jam 6.15 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia