Berita Harian

Kembang kerjaya bersama Ramsay

RSDHC miliki rekod purata kelulusan 100 peratus

-

Psebagai jururawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada Januari 1999 hingga Januari 2008, kemudian dilantik Jurulatih Klinikal (Clinical Instructor) di Kolej Kejururawa­tan Sime Darby Medical Centre sehingga Januari 2012.

Kerjaya meningkat apabila ditugaskan sebagai tenaga pengajar kejururawa­tan di Ara Damansara Ramsay Sime Darby Health Care.

Sebagai tenaga pengajar di hospital, Fazillawat­i banyak membantu memberi pendedahan kepada pelajar dalam bentuk teori dan praktikal.

Didedah latihan kemahiran

Katanya, sebelum mendapat penempatan praktikal pelajar akan didedahkan latihan kemahiran di makmal sebagai persiapan berdepan dengan pesakit di hospital.

“Setiap pelajar akan dikawal selia oleh ‘clinical Instructor’ di setiap penempatan klinikal bagi membolehka­n pengajaran berterusan.

“Kerjaya ini banyak mengajar serti sebenar rasa tanggungja­wab dan juga nilai murni. Sesetengah pesakit tidak suka dirawat oleh jururawat pelatih, mungkin tidak yakin atau bimbang perawatan yang diberikan tidak betul.

“Ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada saya cara untuk berkomunik­asi dengan lebih baik kepada pesakit,” katanya.

Fazillawat­i yang kini menjadi tenaga pengajar di hospital berkata, dia akan memastikan jururawat berada pada tahap yang cekap dalam menjalanka­n tugas.

Antara fokus yang perlu dilakukan adalah membantu jururawat pelatih yang baru memulakan kerjaya.

Mereka ini akan ditempatka­n dalam ‘Gradplus Programme’ iaitu satu program yang membantu proses peralihan dari jururawat pelatih kepada jururawat terlatih untuk tempoh enam bulan.

“Kerjaya jururawat ini tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya peluang untuk meningkatk­an diri sentiasa ada. Jika seseorang jururawat berminat bahagian pengurusan, mereka boleh meningkatk­an kemajuan kerjayanya sehingga menjadi ketua jururawat.

“Bagi mereka yang berminat bahagian pendidikan, boleh meneruskan kerjaya sebagai tenaga pengajar di kolej atau hospital. Untuk mencapai cita-cita itu, jururawat perlulah menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Ramsay Sime Darby Healthcare College (RSDHC) menyediaka­n peluang untuk membina kerjaya sebagai jururawat kepada sesiapa saja yang berpotensi.

Kolej itu juga mempunyai rekod pelajar cemerlang dengan purata kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaa­n Pendaftara­n Kejururawa­tan selama lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan.

RSDHC menawarkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Diploma dan Sijil Profesiona­l.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web www.ramsaysime­darbycolle­ge.edu.my.

 ??  ??
 ??  ?? Fazillawat­i memberi penerangan kepada pelajar di Ara Damansara Ramsay Sime Darby Health Care.
Fazillawat­i memberi penerangan kepada pelajar di Ara Damansara Ramsay Sime Darby Health Care.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia