Berita Harian

Dominasi Alif

Bekas peserta OIAM kian perkukuh jenama dalam nyanyian, lakonan dan pengacaraa­n

- Oleh Zaidi Mohamad

Selama 12 tahun membina reputasi sebagai anak seni, nama Alif Satar sememangny­a dilihat terus ampuh dalam dunia hiburan tanah air. Bermula sebagai penyanyi sebaik saja memenangi tempat ketiga pertanding­an One In A Million (OIAM) musim pertama, kini Alif turut mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara.

Bapa kepada dua cahaya mata ini membuktika­n, andai disertakan dengan bakat dan kesungguha­n, seseorang artis mampu meneroka pelbagai cabang seni serta menyerlah dalam berbuat demikian, biarpun pada usia yang masih muda.

Memiliki tiga album studio dengan deretan lagu yang menjadi siulan ramai, artis versatil yang bakal genap 28 tahun usianya pada 19 September ini tidak syak antara personalit­i yang semakin bertapak kukuh di arena pengacaraa­n. Dek kepetahann­ya bertutur dan pengalaman mengendali­kan beberapa program televisyen, kini dia boleh berbangga apabila diberikan peluang menjadi hos kepada rancangann­ya sendiri berjudul It’s Alif! siaran ntv7.

Kata Alif yang meledak dengan lagu dan Lelaki Seperti

dirinya seorang yang amat menghargai sokongan peminat. Tanpa mereka, tegasnya, dirinya takkan berada pada tahap sekarang.

“Mereka umpama nyawa saya. Segala sokongan yang diberikan cukup saya hargai. Merekalah yang selama ini bekerja keras memastikan nama saya dipangkah apabila dicalonkan dalam mana-mana anugerah.

“Cuma, sebagai anak seni, secara jujurnya saya bukanlah menyertai dunia hiburan bagi mengejar anugerah. Namun, jika ia tiba-tiba berada dalam genggaman, sudah tentu saya melihatnya sebagai bonus.

“Kemenangan adalah satu rezeki, begitu juga sebaliknya. Paling penting, ia takkan mematahkan semangat diri untuk menjadi anak seni yang terus aktif dan memberikan sumbangan dalam dunia hiburan,” katanya.

Pelakon terbaik

Kata Alif, seboleh-bolehnya dia hanya mahu terus berbakti dan meninggalk­an impak dalam apa juga bidang yang disertainy­a.

“Cukuplah kalau orang kenal dan tahu apa yang saya lakukan. Cukuplah juga seandainya lagu, lakonan, persembaha­n dan pengacaraa­n saya meninggalk­an impak,” katanya.

Bagaimanap­un, bukan dirinya tidak langsung berpengala­man menggengga­m kejayaan kerana Alif pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik, sebelum ini. Dia diumumkan sebagai penerima trofi Pelakon Watak Utama Terbaik pada Anugerah Seni Boh Cameronian Ke-15 menerusi pementasan teater muzikal, Dia Semanis Honey.

Dia juga diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Popular pada Anugerah Telenovela, menerusi drama lakonannya bersama Siti Nordiana atau Nana, tahun lalu.

“Watak Ahnaf Wafiy yang saya jayakan dalam cerita itu memang boleh dikatakan membawa tuah,” katanya ringkas.

 ??  ??
 ?? [ FOTO IHSAN ALIF SATAR ] ??
[ FOTO IHSAN ALIF SATAR ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia