Ferrari minat anak Schumacher

Pintu Maranello terbuka untuk Mick jadi pelumba F1 pada masa depan

Berita Harian - - SUKAN -

Prinsipal pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene berkata, kemungkinan menandatangani Mick Schumacher sebagai pemandu Formula Satu pada masa depan adalah sentiasa terbuka tetapi berasakan keputusan itu kekal di tangan keluarga Schumacher untuk meneruskan legasi ditinggalkan bapanya bersama pasukan.

Schumacher meraih status

(gambar)

legenda F1 bersama Ferrari dengan meraih lima gelaran pemandu terbaik dunia dan enam kejuaraan pengeluar ketika kariernya bersama pengeluar dari Itali itu.

Susulan peningkatan Mick pada Kejuaraan Formula 3 Eropah barubaru ini apabila pemandu berusia 19 tahun itu sedang merebut gelaran pemandu terbaik dengan meraih enam kemenangan daripada 10 perlumbaan, khabar angin terus bertiup kencang mengaitkan penyertaan Schumacher ke paddock F1 tahun depan.

Tanpa tekanan

Bagaimanapun, bos pasukan Ferrari, Arrivabene berkata, beliau tidak menolak cadangan itu tetapi berasakan keputusan muktamad berada di tangan keluarga Schumacher manakala mereka sentiasa ‚membuka pintu di Maranello‘.

“Mengenai Mick Schumacher, apa yang paling penting adalah membenarkan dia meningkat tanpa sebarang tekanan,” kata Arrivabene.

“Keputusan baru-baru ini sangat bagus dan saya berharap dia terus meningkat.

Bersaing di Kejuaraan Euro F3

“Dengan nama ini, ia akan melakar sejarah di Ferrari, saya fikir pintu di Maranello sentiasa terbuka tapi ia terpulang kepada keputusan keluarga Schumacher.

“Biarlah dia menikmati kegembiraan. Saya sentiasa mengulanginya (kepada pemandu muda) untuk fokus, memberi tumpuan tapi pada masa sama menikmati dan meningkat secara konsisten. Kemudian, kita lihat mengenai masa depan. Bagaimana untuk anda mengatakan tidak, di Maranello, kepada nama seperti ini?”

Schumacher ketika ini sedang bersaing dengan pemandu pasukan Prema Powerteam pada Kejuaraan Euro F3, pasukan yang mempunyai hubungan rapat dengan Akademi Pemandu Ferrari manakala lulusannya baru-baru ini, Charles Leclerc akan menyertai Ferrari pada 2019 sebagai pengganti Kimi Raikkonen yang berpindah ke Sauber. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.