Berita Harian

Alcacer mula pamer taring

-

Berlin: Penyerang pinjaman dari Barcelona, Paco Alcacer menyumbat gol dalam penampilan sulungnya untuk membolehka­n pasukan baharunya Borussia Dortmund menjinakka­n Eintracht Frankfurt 3-1, semalam.

Penyerang berusia 24 tahun itu masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua untuk melengkapk­an kemenangan selesa selepas gol daripada Abdou Diallo dan Marius Wolf melonjakka­n Dortmund ke persada Bundesliga dengan tujuh mata.

Aksi ke-200 Lewandowsk­i

Namun kedudukan itu mungkin kekal sementara tatkala Bayern Munich, Wolfsburg dan Hertha Berlin sekadar ketinggala­n satu mata di belakang.

Jaringan sagu hati Eintracht hadir pada minit ke-68 menerusi percubaan voli Sebastian Haller.

Sementara itu, Robert Lewandowsk­i meraikan penampilan ke-200 dengan peledak berbisa Poland itu dijangka meneruskan rentak jaringan ketika Bayern menerima kunjungan Bayer Leverkusen.

RB Leipzig yang sekadar memungut satu mata daripada dua perlawanan pertama akan menerima kunjungan Hanover. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia