Berita Harian

PSG gah di puncak, Mbappe, Neymar terpaksa ‘rehat’

-

Paris: Kylian Mbappe dan Neymar hanya menyaksika­n permainan dari bangku penonton tatkala Paris SaintGerma­in (PSG) bersiap sedia untuk kunjungan Liga Juara-juara ke Liverpool dengan meraih kemenangan 4-0 ke atas Saint-etienne dalam aksi Ligue 1, semalam.

Julian Draxler, Edinson Cavani, Angel di Maria dan pemain muda Moussa Diaby, masing-masing menemui jaringan di Parc des Princes bagi membantu PSG meraih kemenangan kelima daripada lima perlawanan awal musim ini dalam pemburuan mempertaha­nkan gelaran liga Perancis.

Ia satu kemenangan selesa buat PSG - pasukan yang sudah meledak 17 goal dalam liga musim ini - dan Thomas Tuchel muncul selaku jurulatih pertama meraih lima kemenangan liga pertamanya dalam pengendali­an di kelab itu.

“Kami meraih kemenangan lima kali dan ini menunjukka­n kami mahu terus mencatat kemenangan,” kata Tuchel.

Ujian di Anfield

Namun, masih ada sedikit keraguan yang akan dihadapi PSG apabila mereka bakal mengharung­i ujian lebih getir di Anfield dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-juara.

“Saya juga gembira kami bermain tanpa memikirkan permainan yang akan ditempuhi Selasa ini,” kata jurulatih PSG dari Jerman itu.

“Saya mempunyai idea (dalam barisan pemainnya) tapi saya masih memikirkan mereka. Saya akan berbincang dengan pemain tonggak dan menyaksika­n perlawanan Liverpool menentang Tottenham esok (hari ini) dan membuat keputusan Isnin ini.”

Mbappe tidak disenaraik­an kerana dia digantung tiga perlawanan susulan kad merah yang diterimany­a ketika mengatasi Nimes.

Neymar dalam pada itu berada di sebelah Mbappe di bangku penonton apabila direhatkan selepas mewakili Brazil dalam satu aksi perlawanan persahabat­an di Amerika Syarikat, minggu lalu. AFP

Saya juga gembira kami bermain tanpa memikirkan permainan yang akan ditempuhi Selasa ini” Thomas Tuchel, Jurulatih PSG

 ??  ?? Pemain PSG meraikan kemenangan selepas memenangi perlawanan menentang Saint-etienne dalam aksi Ligue 1, semalam.
Pemain PSG meraikan kemenangan selepas memenangi perlawanan menentang Saint-etienne dalam aksi Ligue 1, semalam.
 ??  ?? Mbappe (kiri) bersama Neymar melihat perlawanan di bangku penonton.
Mbappe (kiri) bersama Neymar melihat perlawanan di bangku penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia