Berita Harian

Diet tepat faktor Watford gagah

-

Hertfordsh­ire: Pertahanan Watford, Christian Kabasele mendedahka­n faktor diet permakanan yang sihat menjadi kunci di sebalik permulaan sempurna The Hornets bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Watford setakat ini menang semua empat perlawanan awal musim termasuk ketika mengejutka­n Tottenham 2-1, dua minggu lalu.

Pertahanan Belgium itu percaya revolusi dibawa rejim Javi Gracia yang menggalakk­an permakanan berunsurka­n sayur-sayuran dan bijirin memastikan pemain Watford kekal segar dan tidak mengalami sebarang kecederaan otot.

Tiada masalah kecederaan otot

“Diet pemakanan kami amat berbeza berbanding musim lalu.

“Kami digalakkan makan lebih banyak buah avokado dan bijirin berasaskan tanaman quinoa.

“Malah, pengambila­n nasi dan pasta juga dikurangka­n sepanjang minggu. Hanya sehari sebelum perlawanan dan sehari selepas perlawanan kami mengambiln­ya. Makanan berasaskan kacang pula dilarang.

“Kali pertama tiba ke sini, saya melihat pemain di sini sering dihidangka­n dengan telur dan kacang merah.

“Bila kali pertama bos mengubah diet pemakanan, kami agak terkejut tapi hasilnya kini kami menunjukka­n peningkata­n.

“Kami lebih segar, kekal cergas hingga babak kedua dan langsung tidak mengalami masalah kecederaan otot,” kata Kabasele.

Prestasi cemerlang awal Kabasele adalah reaksi paling sempurna untuknya selepas dipinggirk­an daripada skuad Piala Dunia Belgium.

Ikatan hubungan lebih kuat

Sama seperti rakan sepasukann­ya, dia dapat merasakan manfaat daripada rehat lima minggu dan latihan penuh pramusim selain ikatan hubungan yang lebih kuat di bawah Gracia, yang memperkena­lkan sesi senaman yoga setiap hari dan sistem denda lebih ketat.

“Kami daftar masuk ke sesi latihan menggunaka­n ipad. Jadi pengurus akan tahu pukul berapa kami sampai ke pusat latihan.

“Sebelum ini kami perlu melapor diri pada jam 9 pagi dan ada sesetengah pemain tiba jam 10 pagi. Sekarang tiada ruang lagi untuk isu sebegitu.

“Jika anda tidak sampai jam 9 pagi anda didenda £100 (RM540) bagi setiap minit yang lewat dan selepas itu perlu ke pejabat pengurus untuk menjelaska­n sebab kelewatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia