Berita Harian

Sabah rehat pemain utama

-

Kota Kinabalu: Sabah akan merehatkan beberapa tonggak utamanya pada aksi terakhir kumpulan D Piala Malaysia bertemu Pahang di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Pengendali­nya, Jelius Ating, berkata tindakan itu bukan kerana menganggap aksi terbabit tidak penting, sebaliknya beberapa pemain utama mengalami kecederaan.

Pada masa sama, mereka juga mahu mengelak pemain yang telah mengutip kad kuning digantung perlawanan pada aksi suku akhir,

“Saya mungkin merehatkan Jipun (Rawilson Batuil) dan Mohd Azzizan (Nordin) yang baru kembali dari menyertai skuad negara baru-baru ini.

Kekalkan rentak

“Randy Baruh pula akan direhatkan bagi mengelak dia mengutip kad kuning seterusnya digantung perlawanan pada aksi suku akhir nanti,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jelius berkata, Maxsius Musa juga mungkin direhatkan kerana mengalami sakit perut, namun bergantung kepada keadaan kesihatann­ya.

“Walaupun kita sudah mengesahka­n kedudukan tangga teratas kumpulan D serta layak ke suku akhir, ia bukan bermakna kita memandang mudah perlawanan dengan Pahang.

“Kita perlu mengekalka­n rentak baik seterusnya cuba mencatat kemenangan bagi mengekalka­n momentum untuk aksi suku akhir,” katanya.

Sementara itu, pengurus skuad Sang Badak, Datuk Juil Nuatim, berharap pemainnya tidak memandang mudah cabaran Pahang walaupun mereka berjaya mengikat pasukan itu di gelanggang lawan, sebelum ini.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? Aksi perlawanan antara Sabah menentang Selangor dalam saingan Piala Malaysia, bulan lalu.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] Aksi perlawanan antara Sabah menentang Selangor dalam saingan Piala Malaysia, bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia