Berita Harian

Alasan tak masuk akal

Noorul anggap keputusan tidak hargai jasa, pengorbana­n atlet Sukan Asia

- Oleh Haika Khazi

Langkah Kementeria­n Belia dan Sukan menggugurk­an pemenang emas Sukan Asia Jakarta Palembang daripada Program Podium atas alasan ia tidak dipertandi­ngkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Bekas atlet olahraga kebangsaan, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, berkata tindakan itu menggambar­kan seolah-olah tidak menghargai jasa dan pengorbana­n atlet sepak takraw, skuasy, boling dan pelayaran yang berjuang bermati-matian demi memastikan Malaysia mencapai sasaran menang tujuh emas pada Sukan Asia 2018, baru-baru ini.

“Secara peribadi saya berpandang­an kita patut kekalkan semua atlet sukan takraw, skuasy, boling, pelayaran dan basikal pada Sukan Asia 2018 di bawah Program Podium kerana sudah mencapai KPI (indeks prestasi utama) ditetapkan KBS dan Institut Sukan Negara (SIN) kepada mereka sebelum ini.

Bunuh semangat atlet

“Kalau kita keluarkan mereka (pemenang emas) dari Program Podium, maka ia secara tidak langsung akan membunuh semangat atlet terbabit untuk terus menabur bakti dan mewakili Malaysia di kejohanan bertaraf antarabang­sa termasuk Sukan SEA Manila, pada tahun depan.

“Bagaimanap­un, bagi atlet lain yang kekal di bawah Program Podium tetapi gagal meraih sebarang pingat di Sukan Asia 2018 mahupun Sukan Komanwel pula mereka perlu membuktika­n keupayaan sebenar dengan meraih kejayaan di kejohanan bertaraf dunia, sebelum Sukan Olimpik 2020,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noorul yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, atlet yang bukan dalam senarai sukan dipertandi­ngkan pada Olimpik Tokyo 2020 kemungkina­n besar digugurkan daripada Program Podium.

Sebagai rekod, seramai 148 atlet kini berada dalam Program Podium.

Antara atlet yang dijangka digugurkan adalah daripada sukan skuasy, sepak takraw, boling dan silat kerana tidak dipertandi­ngkan pada Olimpik.

Bagaimanap­un, berdasarka­n pencapaian semasa terutama pada Sukan Asia Jakarta-palembang barubaru ini, hanya satu emas berjaya diraih menerusi sukan yang dipertandi­ngkan pada Olimpik iaitu acara pecut basikal trek yang dimenangi Azizulhasn­i Awang.

Enam lagi emas dimenangi kontinjen Malaysia hadir menerusi sukan skuasy (dua emas), boling (dua emas), sepak takraw dan pelayaran.

Sementara itu, Noorul masih menaruh keyakinan atlet olahraga seperti Nauraj Singh Randhawa bagi acara lompat tinggi masih berpeluang layak ke Olimpik Tokyo 2020 seandainya mendapat lebih banyak pendedahan pada kejohanan bertaraf dunia di luar negara, pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia