Berita Harian

TSG muncul pasukan terbaik pentas Asia

-

Kuala Lumpur: Terengganu Cycling Team (TSG) terus mengukir nama di pentas Asia apabila muncul pasukan Asia terbaik di Tour of China 1 yang berakhir semalam.

Ia antara pencapaian tertinggi diraih pasukan benua negara dalam saingan kategori 2.1 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) itu.

Secara keseluruha­n TSG muncul pasukan ketiga terbaik keseluruha­n mengumpul 54 jam 16 minit 30 saat, terikat dengan lima pasukan lain namun dibezakan kerana kedudukan pelumba yang menamatkan perlumbaan lebih baik membolehka­n Trevigiani Phonix-hemus 1896 (Bulgaria) dan Androni Giocattoli- Sidermec (Itali) muncul dua pasukan teratas.

Teruskan rentak cemerlang

“Ini kali kedua kami meraih kedudukan ketiga keseluruha­n selepas Tour de Korea pada Jun lalu. Ia pencapaian yang baik kerana kami mengadakan kem latihan untuk menghadapi perlumbaan ini.

“Saya berharap rentak cemerlang ini mampu diteruskan pada perlumbaan lain yang bakal disertai TSG,” kata kapten TSG, Mohd Zamri Salleh.

Selain Zamri cabaran TSG di Tour of China 1 turut digalas Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Goh Choon Huat, Metkel Eyob, Maral-erdene Batmunkh dan Artem Ovechkin.

Jurulatih TSG, Jeremy Hunt turut gembira dengan pencapaian ketiga terbaik anak buahnya walaupun mereka tidak meraih sebarang podium dalam tujuh peringkat perlumbaan itu.

 ??  ?? Mohd Zamri Salleh
Mohd Zamri Salleh
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia