Berita Harian

Zhiayi kembali selepas 2 tahun menghilang

-

Ipoh: Nama Loh Zhiayi pernah menjadi sebutan antara penerjun yang mempunyai potensi untuk mengikuti jejak dua penerjun senior negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong.

Selepas hampir setahun lebih menyepi, dia kini kembali mewarnai arena kolam renang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak buat pasukan Wilayah Persekutua­n.

Zhiayi menjawab teka teki kehilangan­nya adalah disebabkan mengalami kecederaan pada mata sebelah kiri sehingga terpaksa melakukan pembedahan sebanyak tiga kali.

Dia bagaimanap­un mengakui masih lagi mencari rentak dan sedikit kekok namun yakin untuk menyumbang­kan dua emas buat kontinjen Wilayah Persekutua­n.

“Saya mahu menutup penyertaan terakhir di SUKMA ini dengan kejayaan yang manis. Jika boleh mahu meraih emas dalam acara yang akan saya sertai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia