Berita Harian

Terengganu kuasa basikal lebuh raya

Menang lima daripada enam emas dipertandi­ngkan

-

Terengganu membuktika­n kejaguhan mereka dalam acara berbasikal lebuh raya apabila membawa pulang lima emas daripada keseluruha­n enam ditawarkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak.

Pada hari terakhir acara lebuh raya dipertandi­ngkan semalam, kontinjen berkenaan meraih kedudukan 12, bagi saingan kriterium wanita sejauh 50 kilometer (km) dan 80 km kriterium lelaki.

Pingat emas acara itu masingmasi­ng dimiliki oleh Nur Aisyah Mohamad Zubir dengan 36 mata dan Wan Abdul Rahman Hamdan (38 mata).

Perak acara kriterium wanita juga menjadi milik pelumba Terengganu, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham dengan 21 mata, sementara gangsa milik pelumba Sarawak, Nur Azrenna Ahmad Jumry yang mengumpul 14 mata.

Kategori lelaki pula menyaksika­n seorang lagi pelumba Terengganu, Zuladri Amin Zulkurnain me rekodkan 25 mata dan Muhammad Fitri Saharil (14 mata) untuk masingmasi­ng meraih perak serta gangsa.

Jurulatih Terengganu, Syed Hussein Syed Mazlan, berkata tidak ada rahsia kepada dominasi pelumba bimbingann­ya melainkan latihan keras yang dijalankan sebelum bermulanya temasya.

Tak sangka

“Sebenarnya saya sendiri tak sangka kami boleh memenangi lima emas (tiga emas wanita dan dua emas lelaki) kerana pada peringkat awalnya, kami meletakkan sasaran bagi pelumba wanita saja.

“Namun, mungkin pelumba lelaki kita ini mempunyai semangat juang yang tinggi bagi menyahut cabaran untuk memenangi emas seperti pelumba wanita.

“Tidak ada istilah balas dendam (terlepas pingat emas acara lepas beramairam­ai lelaki, dua hari lalu), kerana dalam bersukan biasalah ada menang dan ada juga yang kalah,” katanya.

Apa yang penting kata Syed Hussein lagi, pelumba lebuh raya sudah menghadiah­kan lima emas berbanding hanya tiga sasaran awal diletakkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

“Latihan yang kami jalankan adalah keras dengan lima bulan sebelum SUKMA, kami sudah menghentik­an pelumba kita daripada menyertai sebarang kejohanan.

“Pada ketika itu saya sudah merangka program khususnya dalam mengatur strategi bagi persiapan di Perak ini,” katanya.

Menjelang perlumbaan acara trek yang akan bermula Khamis ini di Velodrom Rakyat di sini, yang baru siap menjalani proses pemulihan, Syed Hussein berharap pelumbanya dapat menambah satu atau dua lagi pungutan emas.

“Perlumbaan trek lebih kepada aspek teknikal dan taktikal. Jadi jika dapat berlatih di trek di saat akhir adalah agak sukar buat pelumba untuk membiasaka­n diri di trek itu.

“Kami mendapat maklumat awal bahawa ujian rasmi hanya dibenarkan sehari sebelum perlumbaan,” katanya.

Lima pingat emas berbasikal Terengganu diperoleh menerusi Nur Aisyah yang menyapu bersih keseluruha­n tiga emas dalam tiga acara yang disertainy­a, diikuti Wan Abdul Rahman dan satu lagi pingat emas dihadiahka­n Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dalam acara ujian masa individu lelaki.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia