Berita Harian

Hazirul nyaris pitam nak pecah rekod

-

Tapah: Atlet angkat berat Wilayah Persekutua­n, Muhammad Hazirul Mohd Yazid hampir pitam semalam ketika cuba untuk membaiki rekod Sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara 62 kilogram clean and jerk lelaki.

Dalam saingan di Dewan Merdeka, di sini, Hazirul, 21, yang menjadi atlet terakhir melakukan angkatan, kelihatan mudah menjulang beban 143kg pada percubaan pertama, namun tidak berjaya melepasi angkatan 150kg pada angkatan kedua.

Dia sekali lagi gagal ketika menambah bebanan kepada 154kg pada angkatan ketiga bagi percubaann­ya memecah rekod SUKMA (153kg) yang dilakukan Aricco Junitih dari Sabah pada temasya 2010 di Melaka.

Atlet bertubuh kecil yang berasal dari Sungai Besi, Kuala Lumpur itu bagaimanap­un tetap membawa pulang pingat emas clean and jerk dengan catatan 143kg dan juga acara snatch apabila melakukan angkatan 120kg.

Puas hati raih dua emas

“Pada angkatan ketiga itu, saya sudah rasakan mahu pitam mungkin disebabkan tekanan ke atas bahu sebelah kiri saya yang masih sakit akibat kecederaan ketika latihan di Thailand, bulan lalu.

“Apa pun saya berpuas hati dengan dua pingat emas yang dimenangi hari ini (semalam) yang juga adalah pencapaian terbaik saya pada penampilan ketiga ini,” katanya yang berketingg­ian 1.59 meter itu.

Pingat perak acara snatch dimenangi oleh atlet Kedah, Nur Hamizan Abu Bakar dengan catatan 112 kg, sementara gangsa milik Ahmad Faiz Imran Mohd Narizan dari Terengganu (108kg).

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Muhammad Hazirul (tengah) bersama pemenang pingat perak dan gangsa acara 62 kilogram clean and jerk lelaki.
[ FOTO BERNAMA ] Muhammad Hazirul (tengah) bersama pemenang pingat perak dan gangsa acara 62 kilogram clean and jerk lelaki.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia