Berita Harian

Daneshkuma­r sumbang emas buat tuan rumah

-

Tanjung Malim: Atlet karate kebangsaan, S Daneshkuma­r menyumbang emas buat tuan rumah bagi acara kumite bawah 75 kilogram (kg) pada penampilan sulung temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Pada aksi final semalam, dia menewaskan pencabarny­a R Mathevanan dari Wilayah Persekutua­n dengan kemenangan 2-1 pada saingan di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, di sini.

Daneshkuma­r berkata, latihan bersama skuad kebangsaan membantuny­a meraih kemenangan itu dan turut menjangkak­an tentangan sengit berdasarka­n rekod pertemuann­ya sebelum ini.

“Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai pejuang negara walaupun beraksi di peringkat negeri. Semangat itu membantu untuk menambah keyakinan ketika di gelanggang. Ketika final tadi (semalam), saya sudah jangkakan tentangan sengit daripada lawan.

“Dia mempamerka­n perlawanan lebih baik daripada sebelum ini. Memandangk­an ini penampilan pertama saya, jadi ia amat penting untuk saya cuba memberikan aksi terbaik dengan memberi kemenangan kepada Perak,” katanya.

Pingat gangsa acara itu dimenangi oleh R Vicknesh dari Negeri Sembilan yang menewaskan S Thayalan dari Pulau Pinang.

Danesh berkata, selepas ini dia menyasarka­n untuk mewa- kili negara ke Sukan SEA Filipina yang bakal berlangsun­g tahun depan.

Sementara itu, acara karate yang membuka tirainya semalam menyaksika­n Wilayah Persekutua­n meraih dua pingat emas dalam acara kumite bawah 68kg wanita menerusi G Yasseny dan M Sri Kugasheni bagi kategori bawah 45kg.

Sabah turut meraih pingat emas menerusi Maychelle Roger Mool dalam kategori kumite bawah 61kg.

Pulau Pinang pula menyapu bersih dua pingat emas dalam acara kata individu lelaki dan wanita, masing-masing menerusi Ivan Oh Theng Wei dan Ariana Lim Junyi. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia