Berita Harian

Orang ramai serbu kaunter

Mula berbaris seawal jam 7.30 pagi

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Orang ramai khususnya warga bandar raya dan daerah berhampira­n mengambil peluang membayar saman trafik susulan pembukaan kaunter diskaun 50 peratus sempena Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini, bermula kelmarin.

Tinjauan mendapati orang ramai mula berbaris menunggu giliran untuk menyemak dan membayar saman sejak seawal jam 7.30 pagi walaupun kaunter hanya dibuka pada jam 9 pagi.

Warga bandar raya, Mohammad Firdaus Diun, 36, mengakui menyambut baik inisiatif Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu bagi melunaskan tujuh saman trafik atas namanya sejak beberapa tahun lalu.

“Apabila disaman, kita adakalanya tidak mempunyai masa untuk melunaskan­nya sehingga jumlah saman meningkat, sekali gus menyukarka­n saya menjelaska­nnya susulan kekangan kewangan.

Peluang terbaik

“Sudah tentu bagi mereka yang mempunyai saman trafik tertunggak, ini peluang terbaik menyelesai­kan semua saman ini,” katanya yang mengetahui mengenai potongan saman terbabit melalui radio.

Mohd Razlan Shah Dapsi, 33, pula berkata dia datang dari Tuaran semata-mata bagi membantu membayar saman trafik milik adiknya yang berada di Lahad Datu.

“Saya harap pembukaan kaunter ini akan diteruskan selepas ini kerana pastinya ramai orang awam tidak berkesempa­tan datang ke sini untuk tempoh tiga hari ini,” katanya.

Dibuka selama tiga hari bermula semalam sehingga hari ini, kira-kira 4,000 orang mengunjung­i kaunter pembayaran dengan sebanyak RM129,700 kutipan saman trafik diperoleh setakat petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik negeri, Superinten­dan Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata lebih 1.6 juta saman trafik tertunggak di seluruh negeri bagi tempoh 10 tahun sehingga Julai tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang awam yang bercadang membayar saman agar memeriksa saman masingmasi­ng secara atas talian atau ke balai trafik berhampira­n sebelum datang ke kaunter disediakan di Padang Merdeka.

“Ini antara langkah bagi mengurangk­an kesesakan di kaunter semakan dan mereka tidak perlu beratur panjang untuk membuat bayaran,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL ] ?? Orang ramai mengambil kesempatan membayar saman trafik susulan diskaun 50 peratus sempena sambutan
Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
[ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL ] Orang ramai mengambil kesempatan membayar saman trafik susulan diskaun 50 peratus sempena sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia