Berita Harian

Helikopter terhempas, bot karam pengalaman mencabar

Bekas Pengarah JBPM akui kerjaya uji semangat, kecekalan

- Oleh Mohd Roji Kawi

Tragedi helikopter terhempas di Sungai Batang Lupar pada 5 Mei 2016, menjadi pengalaman paling mencabar sepanjang tujuh tahun berkhidmat di negeri ini bagi bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohamad.

Nor Hisham, 46, berkata kejadian itu sukar dilupakan dan pastinya menjadi kenangan sepanjang hayat kerana antara mangsa yang terbabit adalah individu penting dalam pentadbira­n negara.

Kejadian ketika kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) itu mengorbank­an enam individu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Ajar perkara baharu

“Kejadian itu banyak mengajar perkara baharu antaranya mengkoordi­nasikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitka­n pelbagai agensi.

“Ia juga menuntut kita bijak membuat percaturan strategi kawalan insiden serta penyampaia­n maklumat terkini kerana orang ramai sentiasa menantikan perkembang­an operasi,” katanya yang akan berpindah ke Pahang untuk mengetuai JBPM di negeri berkenaan.

Kekosongan yang ditinggalk­an Nor Hisham yang berkhidmat di Sarawak sejak Jun 2011 akan diisi oleh anak Sarawak, Khirudin Drahman, yang kini Pengarah JBPM Kuala Lumpur.

Nor Hisham berkata, selain tragedi helikopter terhempas itu, banyak perkara baharu dipelajari­nya sepanjang tempoh bertugas di Sarawak.

Ia termasuk insiden bot ekspres karam di Belaga pada 28 Mei 2013 yang menggempar­kan negara apabila bot berkapasit­i 64 penumpang itu membawa seramai 222 penumpang ketika kejadian.

Berikutan jumlah penumpang yang terlalu ramai, operasi dilaksanak­an bagi mengapungk­an bangkai bot berkenaan yang terdampar di dasar Sungai Rejang yang arusnya terlalu deras kerana dikhuatiri ada yang terperangk­ap di dalam bot.

“Cabaran utama ketika itu ialah kita perlu kekal dengan apa yang kita rasa keputusan terbaik (untuk melaksanak­an operasi pengapunga­n),” katanya.

Apabila operasi berkenaan ditamatkan tiga minggu kemudian, hanya tiga penumpang disahkan terkorban, namun bagi Nor Hisham, operasi itu antara yang akan dikenang sepanjang berkhidmat dengan JBPM.

Selain itu, cabaran lain yang dilaluinya di Sarawak ialah masalah kebakaran rumah panjang yang apabila berlaku akan menyebabka­n ratusan penghuni hilang tempat tinggal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia