Berita Harian

BANTULAH KAMI PADA ZAMAN CEMAS INI

-

(Selepas membaca Hizib Salamah)

Dengan nama Allah

Zat Yang Wajib wujud yang tidak membekaska­n setitik pun mudarat terhadap makhluk di langit dan di bumi ketika diseru nama-mu kerana Kau tidak pernah lalai dalam mengetahui.

Kami peliharaka­n diri dengan kekuasaan dan keperkasaa­n Maharaja kami resapkan diri dalam pengawasan kekal

Penguasa segala dengan benteng kukuh tak teroboh di sekeliling kami dan seluruh tubuh sehingga tidak suatu pun mampu menceroboh dan mengganggu.

Dengan penyaksian benar, tiada Tuhan selain-mu yang maha melebatkan curahan kurnia yang menukilkan rupa langit dan bumi pemilik singgahsan­a keagungan dan mahligai kemuliaan, lindungila­h kami daripada duri iri kumpulan pendengki libasan deras sang penindas bara perdaya para pendusta jerat jahat kaum pemuslihat peraturan ganjil orang yang tidak adil ngauman lantang kawanan penentang dendam parah manusia pemarah perangkap takut pasukan pengugut fatwa kesat golongan sesat ragutan keras bangsa perampas serangan panah rangkaian pemfitnah peluru laju masyarakat pengumpat desir jampi si penyihir berahi godaan gerombolan syaitan zalim telatah golongan pemerintah dan hitam kebencian seluruh alam.

Bantulah kami pada zaman cemas ini, Pertolonga­n-mu amat dekat umpama isi dengan urat.

Abizai

Miri, Sarawak Julai 2018

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia