Berita Harian

Lisa Surihani letak syarat untuk Jibril

Hanya berlakon 12 jam sehari untuk drama rantaian terbaru

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Jika mengikuti perkembang­an pelakon wanita ini, tentu ramai yang perasan kelibatnya jarang kelihatan membintang­i drama bersiri.

Kalau adapun, hanya sekali-sekala wajah Lisa Surihani muncul di layar kecil menerusi telefilem ataupun program hiburan.

Kali terakhir Lisa menjayakan drama bersiri adalah kira-kira tujuh tahun lalu, menerusi Adamaya. Justeru, apabila isteri kepada Yusry KRU ini kembali beraksi di layar kaca, ia menjadi penawar buat kerinduan peminat yang ingin melihatnya membintang­i drama rantaian.

Standard kerja pelakon luar

Selain faktor jalan cerita, skrip, barisan pelakon dan produksi yang terbabit, pemilik nama lengkap Lisa Surihani Mohamed ini memberitah­u, antara sebab dirinya bersetuju untuk berlakon dalam drama, Jibril, adalah masa penggambar­an yang sangat fleksibel, seperti diizinkan oleh pihak produksi.

“Ketika proses perbincang­an berlangsun­g, saya meminta budi bicara pihak produksi supaya tempoh penggambar­an membabitka­n babak saya sekadar 12 jam sehari. Kalau kita lihat budaya kerja artis luar negara pun, mereka akan berkerja setakat 12 jam sehari. Itulah standard yang sudah ditetapkan.

“Saya bersyukur kerana permintaan saya itu diberikan lampu hijau. Dari situ, saya dapat belajar, kita sebenarnya boleh melakukan perkara sama asalkan disertai dengan disiplin. Maksudnya, saya tidak boleh datang lambat kerana ia akan mengganggu jadual penggambar­an yang sudah disusun penolong pengarah.

“Untuk berlaku adil terhadap budi bicara mereka itu, saya turut sarankan kepada mereka, saya tidak kisah jika bayaran saya dipotong seandai saya datang lewat ke lokasi. Memang mereka terkejut dengan syarat saya berikan itu. Namun bagi saya, ia menjadi motivasi untuk sentiasa datang sejam lebih awal daripada waktu penggambar­an yang ditetapkan,” cerita Lisa kepada HIP.

Bukan berlagak diva

Menurut Lisa, permintaan itu dibuat bukanlah kerana mahu berlagak diva,

untuk membela seorang daripada suspek. Maka, bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik.

Drama ini bakal menemui penonton menerusi platform viu dan ntv7, bulan depan.

 ??  ??
 ??  ?? Lisa Surihani
Lisa Surihani
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia