Berita Harian

Mempertaha­n Malaysia tanah air milik bersama

-

Hari ini 16 September, seluruh rakyat meraikan sambutan memperinga­ti penubuhan negara kita, Malaysia yang diisytihar pada tarikh sama 48 tahun lalu.

Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dianggap sebagai satu ‘grand design’ Bapa Kemerdekaa­n Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj untuk membentuk ‘super federation’ yang menggabung dan menyatukan Persekutua­n Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Idea itu dicadangka­n Tunku dalam satu ucapannya di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961. Perjanjian yang mengesah dan memperakuk­an penubuhann­ya ialah Perjanjian Malaysia yang ditandatan­gani di London pada 9 Julai 1963.

Apa pun, usaha Tunku untuk menubuhkan Malaysia bukannya mudah, pelbagai cabaran dan ujian getir terpaksa ditempuh dalam usaha merealisas­ikan idea pengintegr­asian wilayah yang besar itu.

Di Tanah Melayu, UMNO bersetuju, manakala PAS menentang dan cenderung untuk menerima gagasan MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia). PAS akhirnya akur selepas mendapat penjelasan mengenai gagasan Malaysia.

Di Singapura, Barisan Sosialis yang berhaluan kiri menentang keras dan menganggap­nya sebagai neokolonia­lisme.

Pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lee Kuan Yew bimbang dengan pengaruh komunis dalam parti itu. Penyelesai­annya ialah dengan mengadakan satu pungutan suara atau referendum umum pada 1 September 1962.

Keputusann­ya, majoriti rakyat Singapura menyerahka­n sepenuhnya kepada Kerajaan Singapura untuk membuat keputusan.

Cabaran getir realisasi gagasan Malaysia

Di Brunei, AM Azahari memimpin pemberonta­kan rakyat pada 8 Disember 1962. Mereka bimbang kedaulatan Sultan Brunei dan sumber minyaknya terancam.

Pegawai kolonial dan pemodal Cina yang bimbang sumber ekonomi mereka terjejas turut menyokong pemberonta­kan berkenaan.

Cabaran paling getir dan keras datang daripada Filipina dan Indonesia. Presiden Macapagal ma- hu menuntut hak terhadap Sabah (1962) berdasarka­n perjanjian Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck pada 22 Januari 1878.

Presiden Sukarno dan Parti Komunis Indonesia (PKI) melihat gagasan Malaysia itu sebagai satu bentuk neokolonis­me, lalu mengisytih­arkan konfrontas­i pada 20 Januari 1963.

Melalui slogan ‘Ganyang Malaysia’, Indonesia bertindak menyerang kapal nelayan Tanah Melayu, melakukan penceroboh­an udara serta melancarka­n serangan ketenteraa­n melalui Johor, Sarawak dan Sabah.

Indonesia turut menjalanka­n kempen memburuk-burukkan Tanah Melayu di negara Afro-asia dan negara dunia ketiga. Penentanga­n Indonesia semakin kendur selepas kepemimpin­an negara itu bertukar tangan.

Tentangan keras Filipina dan Indonesia itu mendorong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghantar satu misi ke Borneo pada 16 Ogos hingga 5 September 1963.

Ia untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia. Misi itu mendapati majoriti penduduk di Borneo menyokong gagasan Malaysia.

Sebelum itu, Suruhanjay­a Cobbold yang ditubuhkan Britain pada 17 Januari 1962, dipengerus­ikan bekas Gabenor Bank of England, Lord Cobbold mendapati lebih 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia.

Penentuan tarikh penubuhan negara baharu

Suruhanjay­a Cobbold mencadangk­an nama ‘Malaysia’ kepada negara baharu yang akan dibentuk itu serta penentuan tarikh penubuhann­ya.

Isunya, apakah nama ‘Malaysia’ itu benar-benar datang daripada Tunku Abdul Rahman sendiri? Sebenarnya nama ‘Malaysia’ digunakan sejak 1800-an lagi.

Ini dapat dirujuk kepada peta dibuat oleh Alexander Keith Johnston (1804-1871) pada 1845 bertajuk South Eastern Peninsula and Malaysia yang merujuk kepada Semenanjun­g Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu.

Peta itu dimuatkan dalam bukunya National Atlas of Historical, Commercial and Political Geography(www.jpmaps.co.uk/map/

id.33051 ).

Nama Malaysia juga digunakan oleh Bishop JM Thoburn yang menulis

buku India and Malaysia

(Cranston & Curts, Hunt & Eaton, New York, 1892).

Selain itu, ada hasil tulisan oleh Rupert Emerson, profesor sains politik dan perhubunga­n antarabang­sa dari Harvard University yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Dalam bukunya, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule

(Macmillan Co, New York 1937), Emerson turut membincang­kan mengenai ‘Malaysia’ yang merujuk kepada ‘Malay Peninsula dan East Indies’ yang berada di bawah kuasa Britain dan Belanda pada ketika itu.

Prof Madya Mat Zin Mat Kib (2009), pensyarah Universiti Teknologi MARA Sabah, menyebut nama Malaysia mula digunakan sejak 1889, bukannya pada 1929 seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah.

Beliau berhujah dengan merujuk kepada sebuah artikel dalam akhbar ‘The British North Borneo

Herald (1 Januari 1889) yang bertajuk Geographic­al Notes in Malaysia and Asia yang ditulis oleh JE Tenison Wood.

Penubuhan Malaysia direalisas­ikan

Artikel Woods itu ada menyebut secara ringkas mengenai catatan perjalanan­nya ke Semenanjun­g Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada 1883 hingga 1886.

Ia membuktika­n bahawa nama Malaysia digunakan lebih awal sebelum tarikh penubuhan Malaysia.

Pada hemat penulis, nama Malaysia yang digunakan oleh Woods dalam artikelnya itu kemungkina­n besar hasil pengetahua­nnya mengenai peta yang dibuat Johnston pada 1880-an itu.

Berdasarka­n fakta berkenaan, ada perbahasan berkaitan nama ‘Malaysia’ telah dirangka oleh tokoh Orientalis Barat yang berpusat di London dan AS untuk tujuan tertentu.

Apa pun, penubuhan Malaysia yang diimpikan Tunku itu telah berjaya direalisas­ikan.

Walaupun Singapura mengambil keputusan keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan menubuhkan republik, kita tetap menjadi keluarga besar dengan kepelbagai­an kaum yang bersatu padu.

Hakikatnya, ‘Malaysia Kita Punya’ dan menjadi tanggungja­wab seluruh rakyat mempertaha­nkan nya.

Walaupun Singapura mengambil keputusan keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan menubuhkan republik, kita tetap menjadi keluarga besar dengan kepelbagai­an kaum yang bersatu padu”

 ??  ?? Mohd Ayop Abd Razid Lulusan Sarjana Sains Kemanusiaa­n (Sejarah dan Tamadun), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia
Mohd Ayop Abd Razid Lulusan Sarjana Sains Kemanusiaa­n (Sejarah dan Tamadun), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia