Berita Harian

YB ANTARA DISAMAN HISAP ROKOK DI BANGUNAN PARLIMEN

-

Kuala Lumpur: Seorang Ahli Parlimen adalah antara lapan individu dikompaun kerana merokok di Kompleks Parlimen, yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok bermula kelmarin.

Ketua Sektor Kawalan Tembakau Kementeria­n Kesihatan, Dr Ariana Hassan, berkata semua kompaun itu dikeluarka­n pegawai kesihatan, kelmarin.

“Semalam (kelmarin) hari pertama kita keluarkan lapan kompaun kesalahan, pagi ini (semalam) belum ada lagi.

Pantau tiga zon merokok

“Kami pantau di ketiga-tiga zon merokok yang ditetapkan sepanjang Parlimen bersidang,” katanya ketika ditemui di luar bilik merokok di Parlimen, semalam.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata bangunan Parlimen diisytihar­kan sebagai kawasan larangan merokok, termasuk sudut merokok di tepi Dewan Rakyat dan di kafetaria.

Katanya, langkah itu dilaksanak­an sebagai komitmen kerajaan, mahu menjadikan keseluruha­n kawasan Parlimen sebagai kawasan bebas merokok.

Berdasarka­n peraturan itu, perokok perlu berjalan kira-kira 300 meter ke pintu masuk untuk keluar dari Kompleks Parlimen jika mahu merokok.

Mereka yang melanggar peraturan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM500 dan jika gagal dijelaskan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua bulan atau keduaduany­a.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS /BH] ?? Pegawai kesihatan membuat tinjauan susulan larangan merokok di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS /BH] Pegawai kesihatan membuat tinjauan susulan larangan merokok di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia