Berita Harian

Televisyen Pendidikan diwujud semula

Inisatif bagi pelbagaika­n isi kandungan ilmiah kepada rakyat

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Audrey Vijaindren dan Nor Akmar Samudin cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Pendidikan bercadang mewujudkan kembali saluran Televisyen Pendidikan percuma dalam usaha mempelbaga­ikan lagi isi kandungan ilmiah kepada rakyat.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berhubung perkara itu.

“Saya masih ingat dahulu ada saluran percuma mengenai pendidikan di televisyen, namun hari ini bukan lagi percuma dan saluran itu ditayangka­n di saluran berbayar.

“Justeru, kementeria­n bercadang mahu mengembali­kan saluran ini supaya kita dapat mendemokra­sikan semula pendidikan kepada rakyat,” katanya ketika berucap menyempurn­akan Anugerah Pembestari­an Sekolah Peringkat Kebangsaan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementeria­n Pendidikan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan), Datuk Sulaiman Wak.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, cadangan itu akan diperhalus­i lagi supaya pelaksanaa­nnya dapat memberi manfaat kepada semua.

Tayang di portal web

“Jika sukar ditayangka­n di saluran televisyen, banyak lagi cara boleh digunapaka­i termasuk menggunaka­n portal web sebagai medium menayangka­n saluran pendidikan itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeria­nnya dalam proses mewujudkan aplikasi pendidikan berasaskan telefon pintar.

“Kita tahu teknologi telefon pintar semakin dekat dengan diri kita. Ini adalah satu cara yang boleh kita lakukan supaya lambakan isi kandungan ilmiah dapat disalurkan menggunaka­n teknologi terbabit.

“Aplikasi ini sedang dibangunka­n dan akan siap pada tahun depan,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Maszlee mempersoal­kan keprihatin­an sesetengah pihak terhadap kenyataann­ya berhubung isu remeh berbanding perkara lebih penting yang dibangkitk­an.

Walaupun tidak mengatakan secara khusus, beliau jelas merujuk laporan media berhubung langkah Kementeria­n Pendidikan yang kini sedang mengkaji warna stokin pelajar sekolah.

“Saya cakap perkara trivial (remeh) kurang satu minit ia dilaporkan dalam media dan Datuk Seri Najib Razak (bekas perdana menteri) pun berminat.

Hargai pandangan diberi

“Apabila saya bincang perkara penting mengenai hospital universiti, tak ada yang nak sensasikan?” soalnya di Facebook semalam.

Maszlee berkata, sesetengah isu yang dilihat remeh mungkin dianggap penting pihak lain dan beliau menghargai semua pandangan yang diberikan.

“Keprihatin­an semua termasuk ibu bapa, industri dan semua pemegang taruh akan dipertimba­ngkan dengan baik,” katanya.

Sementara itu ditemui selepas menghadiri sesi rakaman program Soal Rakyat di Sri Pentas di sini, Maszlee berkata, Pindaan beberapa perkara dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dibentangk­an dalam sesi Dewan Rakyat pada Disember ini.

Katanya, pindaan itu membabitka­n kebebasan pelajar untuk berpolitik, pengawalan pihak universiti terhadap aktiviti pelajar dan membolehka­n setiap universiti menubuhkan kesatuan pelajar.

Bagaimanap­un, katanya, kebebasan yang diberikan kepada pelajar harus dipikul dengan penuh tanggungja­wab.

Mengenai Sekolah Bestari, beliau berkata, Kementeria­n Pendidikan menyasarka­n lebih 10,000 sekolah di seluruh negara akan mencapai 100 peratus ciri sekolah itu menjelang 2020.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE /BH] ?? Maszlee (tengah) bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab Kota Tinggi Johor, Zakaria Abdul Jalil (kiri) pada Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Hadiah Anugerah Pembestari­an Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE /BH] Maszlee (tengah) bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab Kota Tinggi Johor, Zakaria Abdul Jalil (kiri) pada Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Hadiah Anugerah Pembestari­an Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia