Berita Harian

‘Pindah lagi selepas 2 hari balik rumah’

Penduduk Kampung Batu Lapan terpaksa ke PPS semula selepas banjir melanda kali ketiga

- Oleh Safuri Kamarudin cnews@nstp.com.my

Baru dua hari pulang ke rumah selepas ‘menghuni’ pusat banjir, penduduk Kampung Batu Lapan, Mukim Siong, di sini, terpaksa berpindah lagi apabila rumah mereka dinaiki air, kelmarin.

Suri rumah, Khalidah Ibrahim, 65, berkata air menenggela­mi rumah kira-kira jam 8 malam akibat hujan lebat sejak petang kelmarin menyebabka­n penduduk berpindah ke tempat selamat.

“Ini musibah paling besar kerana tidak sampai dua minggu, tiga kali kami dilanda banjir.

“Saya hanya sempat membersihk­an rumah dan menginap dua malam di rumah.

Banyak barangan rosak

“Banyak barangan yang rosak dan tidak sempat diselamatk­an sejak banjir pertama, kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi mangsa, Jamilah Che Morad, 58, berkata beliau baru sahaja selesai membersihk­an rumah apabila dinaiki air semula, berserta lumpur dan sampah-sarap, malam kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak, berkata hujan lebat sejak 6 petang menyebabka­n air Sungai Ketil melimpah dengan cepat.

Beliau berkata, lapan keluarga membabitka­n 40 mangsa terjejas dengan bencana it, namun hanya empat keluarga dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana rumah mereka terjejas teruk serta terletak di tebing sungai.

Ini musibah paling besar kerana tidak sampai dua minggu, tiga kali kami dilanda banjir. Saya hanya sempat bersihkan rumah dan menginap dua malam di rumah” Khalidah Ibrahim, Suri rumah

 ?? [FOTO SAFURI KAMARUDDIN /BH] ?? Petugas membantu memasak untuk mangsa banjir di PPS Kompleks Rakan Muda, Baling.
[FOTO SAFURI KAMARUDDIN /BH] Petugas membantu memasak untuk mangsa banjir di PPS Kompleks Rakan Muda, Baling.
 ??  ?? Shamsul Izrin dan Penyelaras Parlimen Baling, Mohd Taufik Yaacob melawat Khalidah di Kampung Batu Lapan, Mukim Siong, Baling, semalam.
Shamsul Izrin dan Penyelaras Parlimen Baling, Mohd Taufik Yaacob melawat Khalidah di Kampung Batu Lapan, Mukim Siong, Baling, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia