Berita Harian

WCE dijangka mampu kurangkan risiko nahas

Kerajaan negeri beri tumpuan penuh projek lebuh raya siap Ogos depan

- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi cnews@nstp.com.my

Kes kemalangan membabitka­n kenderaan berat di Terowong Menora, Lebuhraya Utara Selatan dan kawasan berdekatan dijangka berkuranga­n apabila Lebuhraya Pantai Barat (WCE) siap, Ogos tahun depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n negeri, Abdul Yunus Jamahri, berkata kerajaan negeri lebih memberi tumpuan ke atas WCE berbanding cadangan membina laluan alternatif dari kawasan Tol Ipoh Utara yang tidak melalui Terowong Menora.

“Kerajaan kini memberi tumpuan sepenuhnya WCE yang menghubung­kan Banting, Selangor ke Taiping dan yakin ia dapat mengurangk­an risiko kemalangan, khususnya membabitka­n kenderaan berat seperti lori dan treler,” katanya selepas merasmikan program Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bersama pemimpin masyarakat dan media di sini, semalam.

Abdul Yunus ditanya mengenai cadangan BMT Jelas Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Jelapang-selama-batu Kawan (JELAS) dari Jelapang ke Batu Kawan, Pulau Pinang, sejauh 116km yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, jika mendapat kelulusan Kerajaan Persekutua­n.

Januari lalu, Timbalan Pengarah Projek BMT Jelas Sdn Bhd, Ahmad Sayufei Zainuddin, dipetik sebagai berkata cadangan asal lebuh raya berkenaan dimulai pada 2010 dengan laluan hanya membabitka­n laluan dari Jelapang ke Selama, tetapi diubah sehingga Batu Kawan selepas dipercayai akan mendapat permintaan tinggi daripada pengguna kenderaan.

Nahas sering berlaku di Terowong Menora

Isu kemalangan yang sering berlaku di Terowong Menora dan kawasan berdekatan kembali diperkatak­an selepas nahas membabitka­n treler dan sebuah kereta sehingga mengakibat­kan semua lima penumpang kereta, termasuk seorang bayi rentung, baru-baru ini.

WCE yang menghubung­kan Taiping dengan Banting, sepanjang 316km dijangka siap Ogos tahun depan. Daripada kos keseluruha­n RM5.044 bilion, sebanyak RM1.922 bilion membabitka­n pakej pembinaan WCE di Perak, manakala RM3.122 bilion lagi bagi pakej pembinaan di Selangor.

Projek itu dibina oleh syarikat West Coast Expressway Sdn Bhd.

Jajaran WCE di Perak adalah sepanjang 139.2km dan dibina secara serentak membabitka­n lima pakej iaitu pakej lapan hingga 12, yang membabitka­n pembinaan 11 susur keluar dan persimpang­an bertingkat, selain tiga kawasan rehat dan rawat (R&R).

Sebanyak 11 persimpang­an bertingkat akan dibina di Hutan Melintang, Teluk Intan, Kampung Lekir, Sitiawan Selatan, Sitiawan Utara, Changkat Cermin, Kinta Barat, Beruas, A130, Trong dan Taiping selatan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 7 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 7 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia