Berita Harian

Keputusan bayaran mutaah RM30J kekal

Mahkamah Rayuan Syariah tolak rayuan ahli perniagaan, bekas isteri

- Oleh Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintah­kan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, 55 membayar mutaah sebanyak RM30 juta kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Panel tiga hakim yang dipengerus­ikan Hakim Syarie Datuk Yusof Musa bersama Hakim Syarie Saarani Ismail dan Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar memutuskan demikian selepas menolak rayuan masingmasi­ng difailkan oleh Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz, 55.

Hakim syarie tak terkhilaf

Terdahulu, dalam penghakima­n mereka, panel tiga hakim itu berpendapa­t bahawa hakim syarie tidak salah arah mahupun terkhilaf ketika membuat keputusan pembayaran mutaah di Mahkamah Tinggi Syariah pada 10 Mac 2016.

“Berdasar penelitian, kami mendapati bahawa hakim bicara berada dalam kedudukan terbaik dalam membuat dapatan, tidak ada kekhilafan.

“Mahkamah dengan ini menolak rayuan daripada keduadua belah pihak, (Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz).

“Mahkamah berpendapa­t, keputusan untuk membayar RM30 juta adalah betul dari segi prinsip, undang-undang dan hukum syarak, oleh itu keputusan itu dikekalkan,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintah­kan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu membuat pembayaran secara tiga kali ansuran bermula sebelum atau pada 31 Oktober ini dengan jumlah RM10 juta bagi setiap transaksi.

Angka itu difahamkan adalah jumlah tertinggi yang pernah diberikan oleh Mahkamah Syariah di negara ini dalam manamana tuntutan mutaah.

Pada prosiding itu, Mahmud Abu Bekir diwakili peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, manakala Shahnaz diwakili peguam Syarie, Datuk Akberdin Kadir dan Dr Mohd Rafie Shafie.

Tuntut RM100 juta

Pasangan yang bernikah pada 9 Januari 1992 sebelum bercerai pada 11 Mei 2011 dikurniaka­n seorang anak lelaki, Raden Murya.

Pada 9 Jun 2011, Shahnaz, kakak kepada Datuk Sheila Majid, memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Shahnaz berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan peguam yang sentiasa bersamanya.

 ??  ?? Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir meninggalk­an Mahkamah Rayuan Syariah selepas prosiding di Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Lumpur, semalam.
Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir meninggalk­an Mahkamah Rayuan Syariah selepas prosiding di Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH] ??
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia