Berita Harian

‘Mayat lelaki tersangkut mungkin Amir Hamzah’

Kehilangan mangsa jadi misteri selepas motosikal ditemui di lokasi kemalangan

- Oleh Siraj Mohd Zaini

Mayat lelaki yang ditemui tersangkut pada perangkap sampah Sungai Kandis di Seksyen 36 di sini, semalam, dipercayai Amir Hamzah Mohd Rozali, yang hilang ketika cuba membantu mangsa kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Jumaat lalu.

Mayat mangsa ditemui terapung oleh beberapa pekerja pembersiha­n di kawasan sampah itu pada jam 11 pagi, kirakira 12 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika kemalangan berkenaan.

Walaupun tiada sebarang pengenalan diri ditemui, keluarga Amir Hamzah percaya ia adalah mayat Amir Hamzah berdasarka­n beberapa parut di badan.

Difahamkan, ibu dan bapa mangsa sudah menyerahka­n sampel untuk ujian padanan DNA bagi pengesahan identiti mayat berkenaan, semalam.

Abang mangsa, Khairul Anwar, 27, berkata dia bersama abang serta adik perempuann­ya yang terbabit dengan proses pengecaman, yakin mayat itu adalah mayat Amir Hamzah, 21.

Keluarga kenal baju

“Kami yakin berdasarka­n baju terakhir dipakai arwah serta beberapa parut di badan, kerana mayat sudah berubah keadaan fizikal dan tidak dapat dicam menerusi raut wajah.

“Bagaimanap­un, mayat tidak boleh dituntut sehingga proses pemadanan DNA dilakukan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Shah Alam (HSAS) di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 4.40 pagi Jumaat lalu yang membabitka­n lori kontena, treler, lori dan kereta, seorang lelaki dan wanita maut, manakala tujuh lagi cedera.

Nahas itu kemudian menimbulka­n misteri apabila sebuah motosikal ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di lokasi tetapi penunggang motosikal gagal dikesan.

Pada peringkat awal kemalangan, pihak berkuasa tidak menyangka ada mangsa lain dalam kemalangan itu sehinggala­h Khairul Anuar membuat laporan polis mengenai kehilangan Amir Hamzah yang dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju Padang Jawa.

Selepas dimaklumka­n oleh polis mengenai penemuan motosikal Amir Hamzah di tepi lebuh raya berhampira­n kawasan kemalangan, ahli keluargany­a pergi mencari di kawasan itu pada Ahad lalu.

Mereka kemudian menemui ‘pouch bag’ milik mangsa di bawah jambatan. Berikutan itu, gerakan mencari mangsa dilancarka­n oleh polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata pihaknya akan melakukan bedah siasat dan ujian DNA bagi mengesahka­n identiti mayat berkenaan.

“Saya difahamkan mayat sudah berubah keadaan tubuh badan dan waris hanya mengesahka­n menerusi baju yang dipakai mangsa pada hari kejadian. Beri peluang kepada polis untuk menjalanka­n siasatan,” katanya.

Setakat ini, kes itu diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Amir Hamzah yang lebih mesra dipanggil ‘Ustad’ dalam kalangan rakannya, adalah penuntut Kolej Teknologi Antarabang­sa Cybernatic­s.

Dia sepatutnya menerima diploma pada hari konvokesye­n kolej itu Sabtu lalu.

 ??  ?? Baharudin Mat Taib
Baharudin Mat Taib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia