Berita Harian

FBM KLCI meningkat 8.1 mata

Saham wajaran tinggi terpilih pacu pasaran tempatan

-

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam, dipacu oleh prestasi saham wajaran tinggi terpilih dan seiring dengan pasaran serantau yang kukuh.

Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.1 mata kepada 1,736.84 berbanding 1,728.74 sewaktu ditutup pada Isnin.

Penanda aras itu dibuka 0.57 mata lebih rendah kepada 1,728.17 dan bergerak dalam jajaran antara 1,727.34 dan 1,736.84 sepanjang dagangan semalam.

Peniaga berkata, pasaran tempatan mengalami peningkata­n kecil menjelang semakan semula penggal pertengaha­n Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) yang dijadualka­n pada Khamis ini.

Menurutnya, sentimen di pasaran turut didorong oleh pemulihan diraih pasaran ekuiti utama Asia selepas aktiviti jualan besarbesar­an, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, peningkata­n itu dikekang oleh ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi membabitka­n kehilangan seorang wartawan politik.

Pada peringkat serantau, pasaran Nikkei 225 naik 1.25 peratus kepada 22,549.24 manakala Hang Seng Hong Kong menokok 0.07 peratus kepada 25,462.26.

Indeks Komposit Shanghai sebaliknya berkuranga­n 0.85 mata kepada 2,546.

Sentimen pasaran tempatan pula negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 442 berbanding 339 manakala 404 kaunter tidak berubah, 713 tidak didagangka­n dan 28 lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 1.52 bilion unit bernilai RM1.61 bilion berbanding 2.02 bilion unit bernilai RM2.02 bilion pada Isnin.

Saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia menyaksika­n Hong Leong Bank naik 44 sen kepada RM20.94, CIMB menokok 10 sen kepada RM6.03, MISC menambah 13 sen kepada RM5.68 manakala Genting Malaysia dan Dialog masingmasi­ng untung sembilan sen kepada RM4.38 dan RM3.41.

Saham aktif

Bagi saham aktif, DGSB dan Sapura Energy masing-masing rugi satu sen kepada lima sen dan 34.5 sen.

Hibiscus Petroleum naik tiga sen kepada RM1.25, Yong Tai menambah 5.5 sen kepada 68 sen dan Nextgreen meraih lapan sen kepada 49.5 sen.

Indeks FBM Emas mengukuh 44.57 mata kepada 12,008.95, Indeks FBM Emas Shariah menambah 45 mata kepada 12,023.97 dan Indeks FBMT 100 naik 47.21 mata kepada 11,841.96.

Indeks FBM Ace meningkat 23.02 mata kepada 4,992.39 dan FBM 70 naik 24.131 mata kepada 13,861.94.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n menokok 13.51 mata kepada 7,400.96, Indeks Perkhidmat­an Kewangan melonjak 77.5 mata kepada 17,589.44 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri naik 0.21 mata kepada 172.21.

Jumlah dagangan di pasaran utama merosot kepada 946.76 juta saham bernilai RM1.5 bilion daripada 1.40 bilion saham bernilai RM1.89 bilion.

Bagi waran, jumlah daganganny­a berkuranga­n kepada 331.51 juta unit bernilai RM68.96 juta daripada 409.36 juta unit bernilai RM82.39 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkembang kepada 247.95 juta bernilai RM43.56 juta daripada 209.59 juta bernilai RM51.59 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 118 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (244.24 juta), pembinaan (70.73 juta), teknologi (70.81 juta), SPAC (2 juta), perkhidmat­an kewangan (27.09 juta), hartanah (111.11 juta), perladanga­n (15.29 juta), REIT (3.09 juta), dana tertutup (10,600), tenaga (185.93 juta), penjagaan kesihatan (29.83 juta), telekomuni­kasi dan media (25.88 juta), pengangkut­an dan logistik (14.3 juta) serta utiliti (28.41 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia