Berita Harian

Aura pesona Tulus

Bintang R&B Indonesia ‘sihir’ peminat di Istana Budaya

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Jangan bersedih mendengar lagu ini. Saya mahu anda semua berasa bahagia, jadi biar bahagian diri saya yang bersedih” Tulus

Julung kali menghiburk­an peminatnya di Malaysia, bintang R&B Indonesia, Tulus nyata mampu membuai perasaan kira-kira 1,400 penonton di Istana Budaya, baru-baru ini.

Bersama vokal merdu selain seleksi lagu yang berupaya membuatkan khalayak terpesona dengan persembaha­nnya, Tulus menjadikan Panggung Sari sebagai gelanggang untuknya ‘menyihir’ peminat dengan nuansa melankolik yang menjadi kekuatanny­a.

Memilih lagu rancak, Baru, daripada album perdananya, Gajah sebagai lagu pembukaan, penyanyi itu beraksi mantap diiringi lima pemuzik yang diterbangk­an khas dari Jakarta.

Anak muda berusia 31 tahun itu terus membuai syahdu peminatnya dengan Kisah Sebentar dan Tukar Jiwa.

Sempat berceloteh mengenai single daripada buah tangan ketiga,

Monokrom, Tulus berkata, dia pada mulanya tidak yakin untuk menjadikan Tukar Jiwa sebagai lagu taruhan.

“Namun, ia mendapat sambutan hebat daripada pendengar. Ia mengenai sebuah rasa apabila kita saling bertukar jiwa,” terangnya.

Kelas tersendiri

Menghayati lontaran vokalnya disusuli kisah di sebalik pembikinan sesebuah lagu bagai membawa hadirin meneroka isi hati, kehidupan dan pengalaman sedekad dirinya berjuang sebagai anak seni.

Rasa teruja jelas terpancar pada wajah lelaki itu kerana tidak menyangka aura muziknya cukup kuat. Paling membuatkan graduan Universiti Katolik Parahyanga­n, Bandung, itu tampak bahagia apabila

Monokrom berkumanda­ng.

Antara pilihan lain yang memancing selera ramai ialah Ruang Sendi

ri, Gajah dan Langit Abu-abu yang meyakinkan pendengar sememangny­a pemilik nama, Muhamad Tulus ini bukan penghibur biasa.

Kelunakan vokal emas, pemilihan lagu, iringan muzik padu dan sistem penataan bunyi terbaik meletakkan Konsert Tulus Live @ Istana Budaya dalam kelas tersendiri.

Kongsi kisah peribadi

Turut mengalunka­n single baharu, Labirin yang baru sebulan diperkenal­kan, sepanjang 90 minit sejak pentas dibuka tepat jam 9 malam, Tulus berkongsi kisah di sebalik setiap karya yang berkumanda­ng, bermula dengan album pertama pada 2011.

Menerusi Teman Hidup daripada album berkenaan, ia dicanai menerusi kisah peribadi yang menyatakan penghargaa­n terhadap ibu tercinta serta insan tersayang di sekeliling­nya.

Biar alunan melankolik bersilih ganti membuai rasa, dia sempat menitipkan pesanan meminta khalayak jangan bersedih mendengar alunan lagunya.

“Jangan bersedih mendengar lagu ini. Saya mahu anda semua berasa bahagia, jadi biar bahagian diri saya yang bersedih,” luahnya yang disambut sorakan gemuruh.

Dipanggil gajah ketika kecil

Momentum persembaha­n ditingkatk­an oleh dua lagu rancak,

Sepatu dan Lagu Untuk Matahari membuktika­n pembuka acara pada Sukan Asia Jakarta-palembang 2018 itu bijak memilih ruang supaya peminat menghayati persembaha­nnya dengan cara tersendiri.

Bukan itu sahaja, dia turut mengajak peminat kembali ke zaman kanak-kanak bersama lagu Gajah yang diambil daripada nama timanganny­a ketika kecil.

“Ketika kecil, saya dipanggil gajah dan saya menggunaka­nnya sebagai judul album kedua. Bagaimanap­un, jangan tanya kenapa dulu saya dipanggil gajah,” kongsinya lagi sambil tertawa.

Antara lagu yang diperdenga­rkan adalah Sewindu, Pamit dan Manusia

Kuat membuatkan peminat tegar vokal lelaki kelahiran Sumatera Barat itu bagai diulit pesona.

 ??  ??
 ??  ?? Persembaha­n Tulus di Istana Budaya buai perasaan penonton.
Persembaha­n Tulus di Istana Budaya buai perasaan penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia