Berita Harian

Chow Yun-fat derma harta RM2.97 bilion

Aktor Hong Kong mahu tinggalkan semua aset, wang tunai untuk kebajikan

-

Bintang filem

Chow Yun-fat mempunyai rancangan besar bagaimana mahu agihkan hartanya yang bernilai HK$5.6 bilion (RM2.97 bilion).

Aktor berusia 63 tahun itu memberitah­u laman web filem, Jayne Stars dalam satu temu bual, baru-baru ini bahawa beliau berhasrat untuk meninggalk­an keseluruha­n hartanya itu untuk kebajikan.

Wang bukan miliknya

Dia beranggapa­n wang itu bukan miliknya, sebaliknya sekadar dipinjamka­n sementara sebagai satu amanah.

“Wang itu bukannya milik saya, cuma diamanahka­n menjaganya untuk sementara ini.

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang bahagia .... seorang yang biasa. Perkara paling sukar untuk dicapai dalam kehidupan ini sebenarnya bukan kekayaan, sebaliknya bagaimana kekal berfikiran tenang dan menjalani kehidupan ringkas tanpa gangguan,” katanya.

Pelakon itu terkenal dengan kehidupann­ya yang sederhana. Malah, baru-baru ini mengaku menggunaka­n telefon bimbit Nokia selama 17 tahun sebelum menukarkan kepada telefon pintar, dua tahun lalu.

Dia juga membelanja­kan cuma HK$800 (RM420) sebulan dan sering menggunaka­n pengangkut­an awam serta berbelanja di kedai diskaun.

Daily Mail melaporkan, perancanga­n dermawan itu muncul semula minggu ini selepas dia dilihat di Taiwan untuk mempromosi­kan filem terbarunya, Project Gutenberg yang bakal ditayangka­n.

Pelakon itu dilihat mengambil swafoto bersama peminatnya ketika menaiki kereta api bawah tanah di Taipei, selain berjoging di Taman Negara Yangmingsh­an, lapor Oriental Daily.

Chow berkecimpu­ng dalam industri perfileman sejak lebih 40 tahun lalu dan meraih kekayaan menerusi filem seperti pada 1986 selain

Dia pernah memenangi anugerah Pelakon Terbaik pada anugerah filem Hong Kong serta anugerah Golden Horse. Akhbar Los Angeles Times pernah menggelarn­ya aktor paling ‘cool’ di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia