Berita Harian

Bolt dapat tawaran di Malta

Ejen turut sahkan kontrak dua tahun bersama kelab Valletta FC

-

Raja pecut Olimpik, Usain Bolt ditawarkan kontrak dua tahun untuk beraksi dengan kelab Malta, lapor ESPN sekaligus mencetus spekulasi dia mungkin meninggalk­an ujiannya bersama kelab Australia, Central Coast Mariners.

Juara Malta, Valletta FC berkata, mereka berharap untuk menandatan­gani kontrak bersama juara lapan kali Olimpik itu sebelum mengharung­i per lawanan Piala Super Malta menentang kelab Balzan, 13 Disember ini. “Seorang juara sentiasa dialualuka­n dan di Valletta FC kami percaya tiada apa yang mustahil,” lapor ESPN memetik kenyataan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Valletta, Ghasston Slimen.

Hanya khabar angin

Ejen Bolt di Australia, Tony Rallis, juga mengesahka­n perkara berkenaan, kata ESPN.

Bolt menjaringk­an dua gol untuk Mariners pada perlawanan ujian pramusim, Jumaat lalu, tetapi tidak ditawarkan kontrak oleh kelab Liga A itu.

Jurucakap Mariners berkata, tiada perubahan membabitka­n posisi Bolt di dalam kelab itu dan menggambar­kan laporan yang mengatakan dia mungkin meninggalk­an sesi ujian sebagai ‘khabar angin.’

Atlet pecut Jamaica berusia 32 tahun itu berulang kami berkata, dia berharap dapat diberikan kontrak oleh Mari ners sebelum kempen Liga A musim 201819 membuka tirainya pada minggu ini.

Ramai pengkritik bola sepak di Australia berkata, Bolt menunjukka­n tanda peningkata­n dan kecergasan­nya tampak lebih baik ketika Mariners menewaskan kelab amatur tempatan 40, Jumaat lalu.

Begitupun, mereka turut mengatakan Bolt masih belum berada di tahap untuk beraksi di kancah elit bola sepak Australia itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia