Berita Harian

Animasi pilihan Ernie

-

Hampir setahun dia menyimpan rahsia yang satu ini. Kata penyanyi Ernie Zakri, bukan niatnya untuk menyembuny­ikan projek meminjamka­n suara untuk sebuah filem animasi popular daripada pengetahua­n peminat, cuma masa belum mengizinka­n dirinya berbuat demikian.

Lagipun, menurut gadis berbakat besar ini, ketika tawaran dan kata putus untuk projek terbabit dibuat, dirinya sibuk mengadakan persiapan untuk pertanding­an Anugerah Juara

Lagu (AJL) Ke-32. Hanya selepas segalagala­nya selesai dan mendapat keizinan produksi, barulah Ernie berani untuk mengumumka­n perkara itu di media sosial. Ada babak menyanyi

Diakui, ramai juga yang terkejut apabila penyandang trofi Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpula­n Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini secara tiba-tiba memuat naik video nyanyian berserta keterangan gambar yang menyatakan dirinya terbabit dalam pembikinan filem animasi, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Maklum sahaja, tiada angin tiada ribut, dia berkongsi perkara itu begitu sahaja.

Dalam filem terbabit, Ernie memegang watak sebagai Bawang putih dan Bawang Merah.

Bercerita mengenai pembabitan­nya dalam filem animasi berkenaan, si pelantun lagu Misteri ini berkata, ia percubaan keduanya selepas program animasi untuk siaran sebuah saluran TV.

“Sebelum ini, saya pernah meminjamka­n suara bagi sebuah rancangan animasi untuk saluran kanak-kanak. Dari situ timbul rasa cinta untuk terus menyumbang­kan suara dalam program sedemikian. Justeru, apabila pihak Les’ Copaque Production menawarkan saya untuk terbabit dalam projek ini, saya terus memberikan persetujua­n.

“Walaupun lakonan bukanlah bidang saya, tetapi untuk projek animasi yang hanya memerlukan saya berlakon dengan menggunaka­n suara, selain ada babak menyanyi di dalamnya, saya tiada masalah untuk melakukann­ya. Ia memanglah mencabar kerana saya perlu berlakon seorang diri, tetapi semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada HIP.

Peminat teruja nak menonton

Mengulas dua karakter yang dibawakan olehnya, bintang berusia 26 tahun ini memberitah­u, watak ikonik berkenaan juga antara cabaran yang harus digalas ketika membintang­i filem yang bakal ditayangka­n pada tahun depan itu.

“Watak Bawang Putih dan Bawang Merah bukanlah karakter utama dalam animasi ini, sebaliknya hanya watak sampingan.

“Diakui, ketika mula-mula diberikan karakter itu, memang sukar juga saya nak bawakan kerana ia dua watak yang berbeza. Emosi setiap watak juga berlainan.

“Bagaimanap­un, dengan bantuan pihak produksi yang memberikan bimbingan dan menerusi penghayata­n skrip, akhirnya tugas itu dapat juga saya laksanakan.

“Walaupun saya baru saja memuat naik berita itu di laman sosial, ramai peminat dan pengikut saya yang sudah menyatakan keterujaan mereka dan tidak sabar untuk menontonny­a. Difahamkan, filem itu bakal menemui penonton pada Mac 2019,” ujarnya.

Dapat tawaran berlakon drama

Ditanya apakah dia bersedia untuk memperluas­kan lagi kerjaya lakonan, bukannya terhad kepada animasi semata-mata, tanpa berselindu­ng pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri memberitah­u, dia sudah pun menerima tawaran membintang­i sebuah drama rantaian.

“Memang saya ada menerima tawaran untuk membintang­i sebuah drama rantaian muzikal. Seperti saya katakan tadi, saya hanya akan terima sesebuah tawaran jika watak itu memerlukan saya menyanyi. Buat masa ini, saya sedang menunggu per- kembangan selanjutny­a mengenai pembikinan drama terbabit,” kata Ernie dalam nada teruja.

Syamel hasilkan lagu baharu

Selepas lagu Misteri, penyanyi ini bakal muncul dengan single terkini berjudul Ku Bersuara. Lagu berentak rancak itu adalah hasil ciptaan bersama pasangan duetnya, Syamel, Omar K, Ikhwan Fatanna dan John Jeeves.

Bercerita lanjut mengenai lagu itu, Ernie berkata, ia boleh dianggap sebagai jenama baharu dalam hidupnya.

“Sebelum ini, kebanyakan lagu saya berkisar pada cinta yang tidak kesampaian dan lebih menggambar­kan sifat lemah seorang wanita. Bagi lagu ini pula, pendekatan­nya sangat berbeza kerana ia lebih kepada mesej memperkasa­kan wanita.

“Sebaik sahaja mendengar melodi lagu itu, saya sangat terkejut dan akui, Syamel memang seorang yang serba boleh. Walaupun kebanyakan lagunya berentak balada, tetapi dia mampu menghasilk­an melodi seperti saya inginkan. Saya memberikan lagu Dangerous Woman nyanyian Ariana Grande sebagai rujukan dan dia berikan apa yang saya mahu,” cerita anak jati Kuala Lumpur ini.

Ingin rakam lagu tradisiona­l

Sementara itu, mengulas komen penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang mencadangk­annya merakamkan lagu irama Malaysia selepas tertarik mendengar vokalnya tatkala menyahut cabaran qasidah

Anta Permana, Ernie berkata, perkara itu memang ada dalam perancanga­n.

“Insya-allah, jika ada peluang dan mempunyai lagu sesuai, satu hari nanti saya pasti akan merakamkan juga lagu irama tradisiona­l untuk melengkapk­an lagi portfolio saya dalam bidang nyanyian. Doakan semoga hasrat saya itu menjadi kenyataan,” katanya.

Sebelum ini, saya pernah meminjamka­n suara bagi sebuah rancangan animasi untuk saluran kanak-kanak. Dari situ timbul rasa cinta untuk terus menyumbang­kan suara dalam program sedemikian” Ernie Zakri

 ?? Oleh Farihad Shalla Mahmud ??
Oleh Farihad Shalla Mahmud
 ?? [ FOTO IHSAN ROCKETFUEL ENTERTAINM­ENT ] ??
[ FOTO IHSAN ROCKETFUEL ENTERTAINM­ENT ]
 ??  ?? Detik manis
Detik manis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia