GLAM (Malaysia)

KAZUHIKO TAKAKURA

Kemahiran dalam teknik celupan warna membawa kepada satu sinar baru bagi pereka inovatif ini untuk berkarya. Kazuhiko Takakura cukup terkenal dengan karya seninya hingga pernah berkolabor­asi bersama Issey Miyake, Comme des Garçons dan Nike NSW. Kini melab

-

Istimewany­a Takakurazo­me Kyoto? Label istimewa ini saya kongsikan bersama penggemar fesyen Jepun di Malaysia. Setiap produk yang dihasilkan seperti tapestri, baju- T dan kasut sneakers dan semua hasil seni adalah hasil buatan tangan Takakura. Malah, koleksi istimewa ini adalah kali pertama ia diterbangk­an di peringkat secara global dan ditempatka­n di Parkamaya, Fahrenhai8­8. Bagaimana kembara fesyen anda bermula? Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup terkenal dalam pembuatan celupan warna fabrik sejak 1897. Jadi, ianya sudah menjadi kebiasaan saya hingga ke hari ini. Walaupun agak lambat memulakan karier dalam bidang fesyen, namun, ilham seni sentiasa bercambah dalam setiap benak pemikiran saya dan akhirnya saya berjaya menggabung­kan antara seni dan fesyen. Kupasan ilham signature? Setiap hasil rekaan seni saya dipenuhi dengan daya dinamik. Contoh karya seperti A practition­er of Kendo (Japanese Way of the Sword) saya lakukan secara sembahan warna dengan penuh kekuatan dan cara pembuatan mengikut ilham gaya Kendo. Setiap ilham seni yang dihasilkan sangat menyerupai budaya asli Kyoto kira-kira 800 tahun yang lalu tetapi diubahsuai menjadi lebih moden. Setiap celupan menggunaka­n tiga jenis katas iaitu stamping, shibuki dan brush strokes. Sumber inspirasi? Daripada alam semulajadi. Setiap elemen semula jadi yang saya lalui merentasi segenap bumi atau inspirasi gerakan kosmik menjadi sumber asasi saya dalam menghasilk­an setiap lakaran seni. Malah, ianya menjadi inspirasi bagi koleksi terbaru saya tahun ini. Jika terdahulu, rekaan kimono lama diubah menjadi stail Tango dalam memenuhi ruang elemen moden. Perancanga­n masa akan datang? Sudah tentu ingin mengembang­kan label terbaru saya Takakurazo­me Kyoto ke serata dunia untuk mereka melihat dan mengagumi sendiri ilham seni datangnya dari bumi Kyoto dan juga gaya fesyen warga Asia. Saya akan teruskan karya seni saya dengan penuh inspirasi dan unik dan ingin kembali beraksi bersama perekapere­ka terkenal antarabang­sa yang mahukan teknik celupan Jepun dalam himpunan mereka.

 ??  ??
 ??  ?? SENTUHAN UNIK DIA UNTUK NIKE BAGI KOLEKSI TERHAD NSW
EMILIO
SENTUHAN UNIK DIA UNTUK NIKE BAGI KOLEKSI TERHAD NSW EMILIO
 ??  ?? HASIL KREATIF
DIA JELAS MENYERLAHK­AN
SETIAP KOLEKSINYA
HASIL KREATIF DIA JELAS MENYERLAHK­AN SETIAP KOLEKSINYA
 ??  ?? CELUPAN PELBAGAI WARNA UNIK BAGI SKARF TAKAKURAZO­ME KYOTO
CELUPAN PELBAGAI WARNA UNIK BAGI SKARF TAKAKURAZO­ME KYOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia