GLAM (Malaysia)

CAROLINE DE MAIGRET

-

MENJADI MUSE KARL LAGERFELD, SEMEMANGNY­A DIA BUKAN CALANGCALA­NG WANITA. KETAHUI GAYANYA SAAT MELANGKAH DI

PENTAS PERAGAAN FESYEN D GLAM. MY

Darah Bangsawan Dia cucu kepada bekas Menteri, Michel Poniatowsk­i dan anak kepada Bertrand de Maigret iaitu bekas naib presiden Council of Paris serta ahli persatuan Sarthe manakala ibunya pula jaguh sukan renang terkenal iaitu Isabelle Poniatowsk­i. Dilahirkan di Neuilly Sur Seine pada 1975. Memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dan turut menjadi ahli di Sorbonne. French Model Dia mula dikenali apabila bersama agensi Next Model Management dan bintangnya bersinar ketika Mario Testino merakam gambarnya untuk majalah Glamour. Malah, wajahnya mula menghiasi pentas peragaan terkenal seperti Chanel, Dior, Louis Vuitton, Balenciaga, Marc Jacobs, Hermes, Jil Sander, Valentino dan Hussien Chalayan. Wajah kempen Memiliki wajah klasik dan menawan menarik syarikat kosmetik terkenal, Lancome untuk mengambiln­ya sebagai duta rasmi pada 2014. Jelasnya, “It’s very interestin­g to see that they’re aiming to have women with stories and substance be faces of the brand.” Selain itu, dia turut menghiasi beberapa kempen kosmetik kecantikan yang lain seperti Garnier, Oil of Olay dan Pantene. Muse Chanel Pada 2011, Karl Lagerfeld menyunting dia sebagai muse Chanel yang ingin mengembali­kan dia beraksi di pentas peragaan Chanel. Jelas Karl, dia sememangny­a seorang wanita yang punya cerita tersendiri. Tidak sahaja berbakat dalam bidang peragaan mahupun fesyen malah dia turut terkenal dengan taste unik dalam susunan runut muzik. Produser Muzik Mempunyai syarikat rakaman peribadi hasil gabungan bersama pasanganny­a iaitu Bonus Tracks Records. Banyak menghasilk­an lagu bagi soundtrack fi lem, runut bunyi untuk pengiklana­n. Malah, dia pernah tercalon dalam Cesar Academy untuk kategori Best Soundtrack of the Year. Cintanya terhadap muzik turut diwarisi anak lelakinya yang dilihat pandai bermain peralatan muzik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia