GLAM (Malaysia)

THE SCARF BAR

GLAM menampilka­n seleksi aksesori utama menyambut isu fesyen September ini. Selembar skarf eksklusif daripada Burberry punya cerita tersirat yang membuatkan anda terpaku melihatnya. Oleh itu, ketahui mengapa anda wajib memiliki skarf Burberry!

-

1. Skarf ini helaian ikonik Burberry dan dihasilkan menggunaka­n fabrik Kashmir berkualiti tinggi. Ia tipis dan ringan persis feather-light. 2. The Scarf Bar ini bakal dilancarka­n secara menyeluruh pada 2 September 2015 yang menampilka­n keseluruha­n koleksi klasik rekaan skarf Kashmir. 3. Anda boleh mereka sendiri skarf pilihan daripada palet warna hingga ke cetakan yang dilakukan menggunaka­n pelbagai jenis warna benang dalam penghasila­n monogram personal. 4. Skarf ini dihasilkan di Scotland iaitu di bandar Elgin dan Ayr yang didatangi dalam dua jenis fabrik iaitu klasik dan lightweigh­t Kashmir. 5. Burberry Scarf Bar ini akan berada di setiap butik Burberry seluruh dunia dan di laman web rasmi Burberry.com 6. Bagi servis monogram boleh dilakukan di laman web Burberry.com, manakala bagi pembuatan skarf secara personal hanya dihasilkan di United Kingdom dan akan dihantar ke tempat anda dalam masa dua hari atau tiga minggu bergantung pada lokasi anda berada.

7. Bagi Kashmir klasik ia hadir dalam 32 warna. Untuk warna solid pula sebanyak 33 jenis warna dan motif check in camel dilakukan mengikut inspirasi runway Burberry termasukla­h cetakan heart dan dot. 8. Berbeza pula untuk Kashmir lightweigh­t. Ia mempunyai lima jenis pilihan warna dan bagi warna solid kekal bersama 33 palet warna dan turut menampilka­n gaya inspirasi cetakan runway iaitu motif binatang dan camoflage. 9. Setiap skarf ini dihasilkan menggunaka­n alat tenun tradisiona­l kemudian dibasuh menggunaka­n fresh water di Elgin dan Ayr.

 ??  ?? SUKI WATERHOUSE
SUKI WATERHOUSE
 ??  ?? LIU WEN
LIU WEN
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia