GLAM (Malaysia)

JURLIQUE TIGA DEKAD

-

Jenama organik yang ditubuhkan pada Ogos 1985 oleh Dr. Jurgen juga Ulrike Klein yang memasarkan produk penjagaan kulit yang diperbuat daripada kekayaan herba juga flora. Tumbuhan tersebut ditanam sendiri di ladang biodinamik yang terletak di Adelaide Hills, Selatan Australia.

“Dengan menanam herba secara biodinamik, kami lebih mensyukuri tenaga kehidupan yang dibekalkan tanah bumi, fungsi pemulihan daripada khasiat herba lalu dimanfaatk­an ke dalam semua produk kami. Dengan itu, Jurlique menggunaka­n rawatan penyembuha­n melalui tenaga alam,” menurut Ulrike Klein.

Tahun lalu, Jurlique dinobatkan sebagai jenama berprestij nombor satu di Australia. Juga bersempena ulang tahun ke-30, Jurlique juga melancarka­n krim tangan Precious Rose edisi terhadnya. BUAL BICARA BERSAMA NORMAN SO, Pengarah Pemasaran Antarabang­sa Jurlique Apakah perbezaan di antara krim tangan edisi terhad ini berbanding krim terdahulu daripada Jurlique? Daripada segi ramuannya kami menggunaka­n lebih banyak ekstrak ros yang disuntik dan daripada aspek saiznya pula, krim tangan ini hadir lebih besar sebanyak 150ml berbanding krim tangan kami yang lain. Apakah definisi wanita Jurlique? Wanita Jurlique adalah wanita yang menjaga kesihatan diri. Mereka dan alam adalah satu dan tidak takut untuk menghadapi cabaran. Apakah yang menjadikan Jurlique sebagai jenama yang cemerlang? Warisan selama 30 tahun serta kesahihan kandungan produk kami membuktika­n Jurlique telah berjaya. Menjadi jenama utama dalam menjana proses daripada benih tumbuhan semulajadi sehingga menjadi sebuah produk.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia