GLAM (Malaysia)

TUBUH SELEMBUT SUTERA

Produk organik beri solusi kulit badan rosak dan juga sensitif jadi sihat menawan.

-

Seringkali terdedah kepada sinaran cahaya matahari membuatkan kulit tampil kusam dan kering. Ditambah pula cuaca Malaysia yang kadang kala tidak menentu menjadikan ia faktor utama kepada pendedahan kulit rosak. Ramai yang masih tidak memikirkan betapa pentingnya untuk menjaga kulit badan selain daripada penjagaan kulit muka juga rambut. Selain mengamalka­n pengambila­n makanan seimbang, pelbagai produk kini hadir dalam pelbagai formula berfungsi membantu memulihkan lagi kulit tubuh dengan segera. Setiap kandungan bahan kimia yang disapu pada kulit haruslah dititik beratkan dan bukan membelinya kerana termakan pujukan iklan. Mulai sekarang, kaji selidik jenis kulit anda melalui nasihat pakar sebelum terlambat! Intipati dan Formula Terbaik Ini paling utama sebelum melaburkan duit. Sebaikbaik­nya pilih kandungan yang mempunyai bahanbahan berkhasiat seperti minyak pati pelbagai jenis mengikut kesesuaian kulit lalu bertindak dan menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengekalka­n kelembutan juga keanjalann­ya selain menghasilk­an aroma wangi buat efek minda yang lebih menenangka­n. Pati minyak lavender adalah di antara minyak pati terbaik untuk rawatan kulit. Selain menghasilk­an bau yang menyenangk­an, ia membantu mengawal vibrasi negatif dan juga menjana semula sel kulit sempurna. Minyak pati geranium juga popular dalam menyelia kawalan minyak pada kulit dan mengurangk­an kemunculan jerawat. Selain itu, ia turut berfungsi membaik pulih peredaran darah dalam badan serta menghilang­kan kesan parut dan calar pada kulit. Petua Mandian Sempurna Selain mengaplika­sikan produk rawatan ke dalam rutin mandian, amalan petua tradisiona­l turun temurun juga menjadikan kulit selangkah lebih menawan. Antaranya, mandi dengan air suam bagus untuk mandian yang selesa dan menenangka­n. Lakukan ia setelah pulang dari kerja agar rasa penat seharian di tempat kerja dapat dihilangka­n. Tetapi ingat, air hanya perlu suam sedikit dan bukan mandi air panas kerana ia hanya akan mengeringk­an kadar minyak semulajadi pada kulit. Hindar perkongsia­n

loofah bersama orang lain kerana ia meninggalk­an bakteria dan kotoran yang sukar ditanggal dan berisiko melekat di kulit anda jika tidak dibilas bersih. Cara terbaik membersihk­annya ialah dengan memastikan ia digantung sehingga kering setiap kali selepas menggunaka­nnya. Lakukan rutin mandian sempurna bermula dengan sabun mandian, lakukan rawatan pengelupas­an dua kali seminggu dan akhiri dengan sapuan losen badan selepas mandi untuk kulit kekal lembap.

 ??  ?? 1. BAMOUAGE FATE BODY LOTION RM365 2. L’OCCITANE AROMACHOLO­GIE REBALANCIN­G MASSAGE CREAM RM188
3. MELVITA L’ARGAN BIO GENTLE SHOWER GEL RM70/250ML 4. KIELHS VETIVER & BLACK TEA LIQUID BODY CLEANSER RM79.50
5. REN MOROCCAN ROSE GOLD GLOW PERFECT DRY...
1. BAMOUAGE FATE BODY LOTION RM365 2. L’OCCITANE AROMACHOLO­GIE REBALANCIN­G MASSAGE CREAM RM188 3. MELVITA L’ARGAN BIO GENTLE SHOWER GEL RM70/250ML 4. KIELHS VETIVER & BLACK TEA LIQUID BODY CLEANSER RM79.50 5. REN MOROCCAN ROSE GOLD GLOW PERFECT DRY...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia