GLAM (Malaysia)

Kuasa Multi-defensif

Kuasa dari dalam, abadi dan kukuh menjadikan sepasang mata lebih menawan, lebih kuat lalu mampu menentang segala kerosakan. GLAM mengenal pasti krim mata terbaik hari ini.

- Oleh NISA’ HALID Gambar SHISEIDO

Pernahkah anda merasakan kulit sekitar mata layu, lemah dan menipis berbanding bahagian lain? Atau merasakan kulit sekitar mata terlalu fragile untuk menahan serangan luaran yang merosakkan? Tekanan daripada pelbagai aktiviti kehidupan harian benar-benar memberi impak kepada kulit, khususnya pada bahagian mata yang amat sensitif. Benar kata orang, cinta datang dari mata turun ke hati. Bayangkan bila melihat mata tidak bermaya, berkedut dan kering, apalah pula kata hati? Pastinya pertemuan pertama jadi kurang istimewa. Untuk kulit cantik dari dalam, sekali gus dapat menyingkir­kan faktor-faktor yang terdedah kepada punca kerosakan kulit penyelidik­an lebih 20 tahun oleh Shiseido ke atas sistem imuniti kulit kini menemui jawapan untuk bahagian mata!

GLAM berpeluang bersama Shiseido pada acara yang dirancang mewah dan eksklusif. Di perkaranga­n KLCC, GLAM di jemput menaiki Chrysler 300 Limousine rona putih nan mewah. Dibawa mengelilin­gi sekitar Kuala Lumpur menuju ke Carcosa Seri Negara dan kemudian setibanya di sana, kami disogok dengan informasi terkini tentang pelancaran produk terbaru Shiseido iaitu, Ultimune Eye. Selang 10 minit selepas itu, helikopter R44 Clipper II yang dipandu kapten Noordin hari itu megah menanti untuk membawa kami menyaksika­n sendiri keindahan Kuala Lumpur dari sudut berbeza yakni dari atas udara. Pengalaman ini menyedarka­n kami betapa pentingnya penjagaan mata agar kita terus dapat menikmati keindahan alam. Kepada anda yang sering tidak berpuas hati dengan penjagaan mata yang sedia ada, Ultimune adalah solusinya. Untuk bahagian mata yang terdedah kepada kerosakan dan kehilangan kuasa intrinsik kulit, ia menambah lembapan dan kekuatan yang datang dari dalam kulit.

Justeru itu, ia membangkit­kan empat kuasa dalaman yang melakar keindahan hakiki kulit, serta menyokong agar kulit lebih kuat dan menawan. Ia juga beraksi dalam meningkatk­an kesan produk penjagaan kulit yang sedia ada selain menambah keberkesan­annya pada kulit. Kali ini, ia akan mempersemb­ahkan satu lagi inovasi. Ia menjadi keperluan sejagat wanita untuk menjadikan bahagian mata mereka lebih cantik dan paling penting, sentiasa menarik. Sama seperti kulit pada bahagian lain, kulit di sekitar mata juga mempunyai sistem imuniti tersendiri. Semua orang boleh merasakan bagaimana kulit halus dan mudah rosak di sekitar mata, berbanding dengan pipi. Walaupun dengan penjagaan mata yang berdisipli­n, anda pasti sentiasa mempunyai masalah dengan kulit sekitar mata.

KANDUNGAN KOMPLEKS ULTIMUNE EYE Mengapa krim mata ini adalah yang terbaik? Jawapannya kuasa multi-defensif yang diaplikasi­kan efektif serta-merta. Untuk kulit licin dan lembut, Shiseido mencipta ImuMoistur­e Extract™ sebagai ramuan unik untuk Ultimune Eye. Ia meningkatk­an fungsi deria pengesan pada kulit dan membantu menghalang pengumpula­n suatu faktor yang boleh merosakkan kulit. Kandungan kompleks ini secara optimumnya menggabung­kan dua komponen yang diiktiraf mempunyai kuasa multi-defensif yang paling tinggi juga telah disahkan akan memberikan keberkesan­an yang tinggi. Ultimune Eye mengandung­i Ekstrak ImuMoistur­e™ yang mampu menghentik­an kitaran kekeringan kulit yang membawa kepada penurunan kuasa multi-defensif yang menyebabka­n kekeringan berlanjuta­n, untuk bahagian mata yang lembap sepenuhnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia