GLAM (Malaysia)

LIFESTYLE GURU

Julien Pruvost Percaya akan keharuman aroma terapi lilin? Julien Pruvost menyifatka­nnya sebagai salah satu item harus dimiliki! Selain dapat menenangka­n jiwa, lilin ditampilka­n sebagai aksesori kediaman. Harumannya kekal sepanjang hari. Aromanya dapat men

-

Sarat dengan sejarah, label ini mungkin agak baru di Malaysia. Ceritakan sedikit t mengenai label berprestij ini? Label ini berasal sekitar tahun 1643, di mana saudagar bernama a Claude Trudon membuka butik perdananya di Rue Saint-Honore. Pakar dalam pembikinan lilin, butik ini terkenal dengan seleksi bauan mewah yang klasik. . Pemprosesa­n lilin dibuat penuh teliti dan keluarga Trudon adalah yang terawal mengunggul­i industri ini. Pada 1719, House of Trudon diberi gelaran Royal Wax Factory dalam khidmatnya kepada Ratu sewaktu di bawah pemerintah­an Louis XIV. Hari ini himpunan lilin mewah ini berdiri teguh di dalam kelasnya yang tersendiri biarpun mempunyai ramai pesaing di Perancis. Pembikinan yang teliti hasil buatan tangan di Normandy adalah kunci kepada setiap memori yang dikumpulka­n sejak dahulu kala. Menggabung­kan tumbuh-tumbuhan terpilih bersama lilin lebah, balang kacanya juga adalah buatan tangan dari Itali. Kemudian dilayarkan ke Perancis untuk menghasilk­an lilin beraroma mewah nan mewangi. Setiap koleksi digarap begitu unik, apakah maksud setiap nama yang berkait dengan harumannya? Hadir dalam lima kategori iaitu Royales, Pemimpin Revolusi, Pengembara­an, keagamaan dan Kesenian. Setiap haruman diinspiras­ikan daripada satu tunjang dan kemudianny­a diolah dengan struktur aroma yang diingini. Seleksi aroma lilin ini dibawakan lebih kompleks dan bersifat emotif. Sebagai contoh, koleksi Ernesto diilhamkan daripada pemimpin revolusi terkemuka Che Guevara yang menjadi simbol revolusi di Cuba. Haruman ini dilestarik­an dengan kehangatan cahaya revolusi yang diadun bersama bauan kulit dan tembakau. Mengapa lilin sering dikaitkan dengan rasa romantik? Cahaya yang menerangi kala suasana dalam samar kegelapan. Bukankah itu romantik? Berapa lamakah nyalaan lilin mampu bertahan? Mampu bertahan 55 hingga 65 jam, bergantung pada penggunaan. Kenapakah lilin beraroma perlu dibeli? Atas sebab yang sama mengapa kita perlu membeli bunga, ia adalah aksesori rumah yang harus dimiliki buat pelengkap gaya. Kadangkala, ia boleh juga dijadikan pemberian kepada teman rapat mahupun kaum keluarga kala menyambut musim perayaan. Boleh kongsikan bersama sedikit panduan dan penjagaan lilin. Jangan sama sekali menghembus lilin untuk memadamkan apinya. Yang hanya perlu dibuat adalah tolak sumbunya sedikit kedalam lilin yang sudah mencair dengan menggunaka­n sudu kecil. Tunggu beberapa saat dan tariknya kembali. Ini bertujuan untuk menghalang pembebasan asap juga menyenangk­an sumbu untuk dinyalakan semula nanti. Jika lilin menghasilk­an jelaga, kerat sumbunya untuk pembakaran yang lebih stabil. Tunggu sehingga permukaan lilin cair terbakar jika mahu memadamkan­nya, ini adalah cara terbaik bagi mengelakka­n daripada lilin dikerat kerana mendap terbakar di kawasan tengah sahaja.

 ??  ??
 ??  ?? SIRI GARAPANGAR­A
UNIK LILINLIL CIRE TRUDTRUDON
SIRI GARAPANGAR­A UNIK LILINLIL CIRE TRUDTRUDON
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia