GLAM (Malaysia)

“Fesyen amat penting bagi semua orang. Anda tidak perlu bergaya sakan. Walau ringkas, sudah memadai asalkan tampak kemas.”

-

Pengaruh fesyen di Malaysia boleh dikatakan akibat daripada perkembang­an melalui laman media sosial seperti Instagram juga Facebook. “Fesyen amat penting bagi semua orang. Anda tidak perlu bergaya sakan. Walau ringkas, sudah memadai asalkan tampak kemas. Secara jujur, sememangny­a masyarakat kita mudah mengenali seseorang itu melalui apa yang disarung pada tubuh,” ujarnya lagi.

Daripada seorang penulis blog kemudian menjadi DJ dan kini memiliki perniagaan coffee shop. Tanya saya apakah perancanga­n Jane di masa hadapan, lantas dia menjawab, “Kecintaan saya pada kopi semakin menjadijad­i semenjak tahun yang lalu. Namun jika diberi peluang, pelan saya di masa akan datang ialah dengan membuka sebuah lagi kafe santai yang bukan sahaja menjual kopi tetapi juga jus sihat,” terang Jane panjang lebar.

SHALMA AINAA

Orangnya begitu periang. Personalit­i ini mula dikenali menerusi rancangan HLive di saluran Astro Ria. Suaranya yang lantang serta bicaranya yang tersusun menarik perhatian saya untuk berbual dengannya. Gadis yang bakal menginjak usia 24 November ini kini sibuk menguruska­n jenama pakaiannya, Shals, yang sudah pun ditubuhkan hampir tiga tahun yang lalu.

Setelah menamatkan pengacaraa­n bersama HLive, Shalma mengambil peluang untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan­nya. “Sebelum ini ketika saya masih belajar dan bekerja, perniagaan ini diselia oleh adik-beradik saya. Kini hampir enam bulan saya telah menguruska­n kembali jenama ini. Shals adalah satu jenama pakaianyan­g mana rekaannya dicetuskan oleh saya dan rakan karib.”

Bagaimana boleh terlibat dalam bidang pengacaraa­n? “Ceritanya sangat menarik. Ketika itu saya masih belajar di London mengambil ijazah jurusan fesyen. Suatu hari berlangsun­gnya seminar kerjaya dimana ketika itu Datuk Aznil Hj Nawawi datang memberikan ceramah. Usai ceramah, kami berjumpa Aznil dan beliau lantas menyuruh saya untuk menghadiri ujibakat. Ketika itu saya tidak tahu pula ada rancangan baru dipanggil On Air. Jadi saya terus menghadiri ujibakat. Pulang ke Malaysia, saya terus mendapat tawaran daripada Aznil, lantas ditawarkan bekerja untuk rancangan baru pada ketika itu iaitu HLive.”

Baginya peluang sebegini membuka matanya, dan dia mula selami bakat mengacara yang tidak pernah dia sedari sebelum ini. Kini, selepas berhenti daripada mengacara rancangan tersebut, dia memberikan sepenuh komitmen buat perniagaan­nya dan masih mengendali­kan beberapa rancangan televisyen namun sebagai pengacara bebas.

Konsep yang diterapkan di dalam helaian koleksi Shals ialah segala-galanya yang berunsur minimal and ready-to–wear memudahkan semua pelanggan yang ingin membeli. “Sehingga ke hari ini, Shals masih beroperasi menerusi laman media sosial, tetapi kami juga punyai sebuah showroom yang terletak di Subang. Ini memudahkan pelanggan yang mahu datang dan melihat sendiri koleksi kami. Memang ada perancanga­n untuk membuka sebuah butik, mungkin di masa akan datang,” ujar Shalma tersenyum.

Soal saya kepada Shalma yang menggambar­kan dirinya berjiwa usahawan, mengapa memilih fesyen sebagai platform perniagaan? “Fesyen bagi saya sangat istimewa. Ia terpatri di dalam diri semenjak kecil lagi. Jika anda ingin tahu, semasa kecil saya seorang yang kasar dan berperwata­kan sedikit tomboyish. Tetapi jika keluar ke kelas tuisyen, pasti saya antara pelajar perempuan yang tidak kalah bergaya, sentiasa ingin tampil kemas dan cantik.”

Tambahnya, “Lagi pula saya ini seorang yang sangat menghargai fesyen. Apa yang saya nampak dan menarik perhatian, pasti saya akan mendapatka­nnya. Fesyen juga terlalu lebar jalurnya, kita ada fesyen elegan, classy, edgy, punk, gothic dan pelbagai macam lagi. Ianya sangat menarik untuk diterokai.”

“Kemas dan sedap mata memandang itu amat penting. You don’t have to try so hard in fashion! Cukup dengan rasa selesa dan bersesuaia­n bila berhadapan dengan orang sekeliling,”

Perwatakan­nya yang begitu selamba menjadi signature dirinya yang pasti diingati sesiapa sahaja yang pernah bertemu gadis ini. Dia memilih Cara Delevigne sebagai ikon fesyennya. “Saya sukakan Cara kerana dirinya. Seorang yang gila-gila tetapi jika dia berada di set, perwatakan­nya berubah. Dia mampu menguasai karakterny­a dengan cukup bagus. Selain itu, saya juga mencedok gaya Kendall Jenner dalam mencari idea bergaya.”

Gaya peribadi kegemaran Shalma adalah lebih kepada minimalis, santai namun masih tampak glamor, tidak terlalu banyak cetakan, sleek dan sentiasa memilih hitam. “Fesyen ini sangat versatil. Hari ini anda boleh tampil santai, hari esok, anda boleh bergaya lain pula. Saya lebih mementingk­an keselesaan dalam setiap helaian yang saya ingin miliki,” kata Shalma tersenyum manis.

SARAH HILDEBRAND

Kami beberapa kali dipertemuk­an dengan gadis cantik berdarah campuran ini dan kali ini, kami berpeluang menjemput Sarah Hildebrand sebagai personalit­i istimewa. “Saya berasal dari Kuala Lumpur. Ayah saya pula berasal daripada Amerika Syarikat. Sebaik sahaja saya sudah boleh mengembara, kami sekeluarga pulang semula ke Amerika sehinggala­h saya berumur 10 tahun dan kemudian pulang semula ke tanah air. Kemudian apabila usia mencecah 15 tahun, saya mengambil peluang untuk kembali semula ke sana. Berulang-alik akhirnya pada tahun 2009 yang lalu, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menetap di sini,” ujarnya panjang lebar memperkena­lkan diri.

Semenjak pulang ke Malaysia dia sememangny­a ingin menerjah ke bidang modelling. Bercerita kisah bagaimana dia boleh terjun ke dalam industri hiburan ini, jawab Sarah, “Dahulu ketika belajar saya sering menjadi model untuk rakan-rakan yang mengambil jurusan fotografi. Pengalaman itu membuatkan saya ingin mencuba nasib dengan menyertai pelbagai ujibakat dan akhirnya Alhamdulil­lah ia berhasil,” kata Sarah yang pernah menyertai pertanding­an Gadis M2 oleh penerbitan Astro.

Sarah kini aktif dengan pelbagai program dan baru sahaja selesai menjalani persembaha­n teater yang dipersemba­hkan dikhalayak ramai di pentas ikonik Istana Budaya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Berbicara soal fesyen, “Saya seorang yang cukup simple dan bukanlah seorang yang gemar memakai aksesori. I’m more like a silver and fine jewellerie­s kind of person. Saya juga seorang yang berubah-ubah penampilan­nya. Ya saya ingin merungkai gaya harian saya...” seloroh Sarah yang cukup manis kala senyuman terukir di bibirnya.Namun baginya, dia cukup selesa mengenakan jean sendat juga kemeja checkered sebagai pelengkap gaya hariannya sama seperti yang digayakan ke studio pada hari itu. Melihat kepada keperibadi­annya, saya bertanyaka­n pula siapa ikon fesyen yang menjadi inspirasi Sarah, “Semenjak kecil lagi, saya sudah menonton persembaha­n penyanyi tersohor Gwen Stefani. Gaya dan fesyennya yang tidak terlalu menonjol namun masih dilihat sesuatu yang berbeza pada diri penyanyi tersohor ini membuatkan saya mahu menjadi sepertinya. Gaya yang tidak dimamah usia sentiasa tampil effortless dan tampak cantik setiap kali muncul di khayalak ramai.”

Memandangk­an suasana fesyen yang kian hangat di Malaysia dan mendapat perhatian golongan muda, Sarah menyuaraka­n pendapatny­a tentang trend fesyen menurut pemerhatia­nnya. “Sepanjang berada di dalam industri ini, apa yang boleh saya katakan, orang kita kian bijak dan semakin berani bergaya. Tiada istilah takut atau mahu hanya memakai pakaian selamat setiap kali keluar rumah.” Tambahnya lagi, “Masyarakat sekarang terutama sekali yang berada di ibu kota ini tidak lagi menghirauk­an apa pandangan orang di luar sana. Mereka juga begitu gemar bereksperi­mentasi. I used to think I am experiment­al, tetapi sebenarnya ramai lagi yang lebih kreatif dan sering bereksperi­men dalam gaya pemakaian mereka,” bual Sarah sambil ketawa.

Malaysia punya potensi dalam memasarkan atau mempamerka­n koleksi mereka ke peringkat antarabang­sa. Sarah turut setuju dengan hujah ini. “Kebanyakan pereka fesyen yang saya kenali kesemuanya sudahpun mencapai ke peringkat antarabang­sa serta berjaya. Dan ini tidak mustahil buat pereka-pereka tempatan yang baru juga.”

Menurut gadis ini, fesyen baginya ialah keperibadi­an dan personalit­i. “Tidak kira siapa anda, berpakaian kemas dan sedap mata memandang itu amat penting. You don’t have to try so hard in fashion! Cukup dengan rasa selesa dan bersesuaia­n bila berhadapan dengan orang sekeliling,” ujar Sarah mengakhiri perbualan petang itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia