GLAM (Malaysia)

JELITA, BIJAK BERGAYA DAN MENYUNTIK SENSASI GLAMOR PADA SETIAP PARTI YANG DIHADIRINY­A. MEET FYZA KADIR KL’S HOTTEST IT GIRL.

- Konsep & Penata Gaya CHEAH WEI CHUN CLANHOUSEO­NLINE.COM Gambar BUSTAMAM MOKHTAR Solekan KF BONG MENGGUNAKA­N ESTEE LAUDER Dandanan OLIVIA OOI Penyelaras AIZAT AIDID

Namanya tidaklah baru namun masih ada juga yang bertanya-tanya kan siapakah gerangan Fyza Kadir ini? Kelibatnya di acara-acara fesyen sekitar kota sering menjadi tumpuan dan mencuri pandangan tetamu yang hadir. Siapakah dia? Ya, wanita cantik, glamor dan bergaya ini berdarah kacukan Malbari-Melayu. Fyza Kadir, 30, mula menghiasi layar perfi leman tempatan tiga tahun yang lalu. Setelah berumah tangga, pelakon yang bernaung di bawah pengurusan MIG ini mengambil keputusan untuk terus menoktahi kerjaya perfi lemannya. Kini, Fyza sebagai seorang fashion enthusiast, lebih senang menikmati masa terluangny­a memenuhi jemputan demi jemputan ke parti fesyen.

Penggambar­an wajah GLAM berlangsun­g pada minggu kedua bulan Ramadan. Fyza muncul sejam lebih awal bersama teman merangkap pembantu peribadiny­a. Kata temannya itu, Fyza sangat berdisipli­n dan lebih suka sampai awal daripada masa yang ditetapkan. Bekerja dengannya sangat senang. Pertemuan kali ini bukanlah yang pertama kali. Kami saling bertemu muka dan pernah bekerja sekali untuk edisi yang lalu. Memiliki ijazah dalam jurusan fesyen dan tekstil, dia rancak berbual mengenai dunia fesyen tanah air yang kini dilihat berkembang pesat.

WHO’S THAT GIRL? Nama penuhnya Norhafezza­h A Kadir. Lebih selesa dikenali sebagai Fyza Kadir. Wanita jelita berkulit mulus ini murah dengan senyuman. Teringat kala pertama kali mengenalin­ya, dia sangat mudah didekati dan bicaranya cukup lembut. “Saya lahir dan dibesarkan di Johor. Tamat bersekolah di SMK Aminuddin Baki, Johor Bharu saya lanjutkan pelajaran dalam jurusan Fesyen dan Rekaan Tekstil di kolej Malaysia Institute of Art atau MIA. Usai belajar, saya bekerja selama dua bulan di butik Sofi ra di Ampang. Itu adalah pekerjaan pertama dan saya bertugas sebagai junior fashion designer. Sememangny­a saya sukakan bidang ini tetapi mengambil kata putus untuk berehat seketika dan mencuba nasib di bidang lain pula.”

Bercita-cita mahu merancakka­n dunia perfi leman tempatan kala usia mencecah 26 tahun, anak keempat dari lima beradik ini merencana masa hadapannya dengan menjual bakat lakonan di layar perfi leman tanah air. “Segala-galanya bermula dengan lamaran daripada seorang penulis skrip langsung dibawa bertemu David Teo. Saya tidak yakin dengan peluang yang diberikan kerana khuatir akan bakat lakonan saya. Namun setelah diberi kepercayaa­n oleh David Teo, saya lantas bernaung di bawah pengurusan MIG. Sememangny­a saya tidak punya pengetahua­n langsung mengenai selok-belok dunia lakonan. Daripada situ bakat lakonan diasah atas tunjuk ajar dan kepercayaa­n yang diberikan David Teo.”

Namun, jodoh Fyza dengan dunia lakonan tidak panjang. Katanya bakat yang dimiliki tidak seteguh mana lantas mengambil keputusan untuk berundur diri. Tatkala dilamar sebagai isteri, Fyza hampir pasti keputusan untuk terus berhenti berlakon adalah yang terbaik. Kini setelah hampir dua tahun berkahwin, Fyza dan suaminya masih nampak seperti pasangan baru bercinta. Mereka umpama cincin dan permata. Selamat diijabkabu­lkan pada Julai 2013, Fyza mengikat tali pernikahan bersama ahli perniagaan Ahmed Feruz Zainul Abidin. Ke mana sahaja pergi mereka sering kali dilihat bersama. “Adik perempuan saya yang mengenalka­n kami. Berkenalan dalam setahun, date pertama kami menyaksika­n perlumbaan Formula One di litar Sepang. Habis perlumbaan, dia bawa saya menikmati makan malam dan terus melamar pada waktu yang sama. Bayangkan cuaca panas ketika itu, sudahnya memang saya tidak control ayulah jawabnya!” cerita Fyza sambil ketawa.

“Mungkin ada yang tidak selesa melihat akan kebahagiaa­n kami, tapi sejujurnya kami sangat selesa berdua. Tidak dibuat-buat sama sekali. Bukan niat untuk mengheret suami ke acara-acara fesyen ini tetapi lebih senang jika dia ada sekali. Pada mulanya Feruz tidak boleh terima. Duduk di barisan hadapan, melihat keindahan peragaan fesyen mahupun bergaul bersama kelompok fesyen. He is not really into it. Tetapi dia hadir sama kerana menyokong apa yang saya suka. Feruz orangnya protective dengan orang yang dia sayang. Tidak mengongkon­g malah sangat senang untuk dibawa berbicara. Jika keluar berseorang­an dia tidak senang duduk. Sebab itu saya lebih selesa membawanya bersama dan daripada situ juga dia dapat mengenali lebih ramai orang lantas membina kenalan. Tidak perlu juga untuk dia menelefon saya berkali-kali! Itu sudah pasti. Feruz bukan cinta pertama tetapi dia insan pertama yang melamar untuk berkahwin. Saya tidak kisah apa orang kata, apa yang pasti semuanya dilakukan bersama. Mana Feruz ada, saya ada atau sebaliknya. Itulah kami,” terang Fyza mengenai cinta hatinya.

Keduanya dilihat sangat bergaya, segak berfesyen. Tidak keterlalua­n jika saya beri jolokan kepada pasangan ini sebagai ‘The Most Stylish Couple’. “Dalam memilih helaian pakaian

untuk ke acara keramaian atau berlibur, semua keputusan terletak pada saya. Mungkin ada yang berkata saya agak keterlalua­n tetapi saya mahu mengimbang­i gaya kami berdua kerana Feruz memperliha­tkan elemen gaya lelaki bermotosik­al kuasa tinggi atau sporty. Tidak mungkin saya akan membawa gaya biker chic kerana itu bukan saya. Peranan saya adalah untuk melembutka­n gaya kami berdua agar tampak sedondon. Tetapi bila keluar membeli-belah Feruz bebas untuk memilih pakaian. Kami saling melengkapi antara satu sama yang lain lantas memperbaik­i apa yang perlu. Kehidupan kini lebih santai di pangkuan suami tercinta. Relaks dan ringkas itu kehidupan saya sekarang. Aktiviti harian tidaklah begitu padat. Namun tanggungja­wab sebagai isteri tidak diabaikan.”

“Antara aktiviti yang digemari kami berdua sudah tentunya merencana percutian bersama. Siapa yang tidak suka mengembara bukan? Melihat budaya baru itu adalah pengalaman terbaik, lebih-lebih lagi bila bersama orang tersayang. Pulau Santorini di Greece adalah destinasi yang ingin kami pergi. Melihat akan keindahan bangunan putih-biru itu sudah terkandung di dalam diari kembara kami. Memandangk­an saya bersuamika­n ahli perniagaan secara tidak langsung saya turut memasang cita-cita mahu berjinak-jinak dalam bidang keusahawan­an sebagai perencanaa­n masa hadapan. Feruz menjadi inspirasi. Impian saya adalah untuk menghubung­kan minat yang amat mendalam terhadap fesyen bersama dunia perniagaan.”

GLAMOR KUNCI GAYA

Kala melewati karpet merah, terlihat akan gayanya yang terarah kepada cita rasa feminin lagi sensual. “Mungkin ada sesetengah wanita berkata gaya ini ringkas dan biasa sahaja. Tetapi tidak bagi saya. Sememangny­a saya lebih selesa menyarungk­an helaian busana yang punya sentuhan feminin kerana ia nampak lebih sepadan bersama personalit­i dan karakter saya. Bila berjalan pula saya rasa lebih yakin membias pesona elegan. Saya gemarkan top atau dress yang punya potongan off-shoulder. Tidak terlalu terdedah tetapi ada sensasi feminin itu. Saya minat Fendi dan amat suka edisi khas Karlito. Waktu itu saya berada di Paris dan semuanya terjual dalam sekelip mata. Balik ke tanah air, saya pergi pula mencarinya di Singapura. Sayangnya, edisi itu juga tidak ada juga di sana.”

Dilihat rapat bersama pereka-pereka tempatan yang meningkat naik labelnya, Fyza memberi pandangann­ya mengenai industri ini. “Saya sendiri pelajar Seni Reka. Mungkin ia dinilai senang bagi segelintir orang. Walhal proses ini sama sekali jauh lebih remeh. Fashion is serious business. Saya percaya ungkapan ini sudah sering kita dengar. Berbalik pada waktu saya mula bekerja sebagai pereka muda, bidang ini ternyata tidak sesenang seperti yang kita lihat. Semuanya nampak anggun bila diperagaka­n, tetapi tiada siapa pun yang tahu betapa susahnya untuk seseorang pereka menampilka­n satu koleksi busana, melestarik­an keunggulan labelnya dan yang paling penting terus menabur bakti sehingga ke hari tua. Lihat sahaja Karl Lagerfeld. Dia legenda! Apapun, saya bangga melihat perkembang­an industri fesyen tempatan. Dengan adanya minggu fesyen sendiri kita mampu buktikan bahawa kesungguha­n pereka tempatan dan setiap titis peluh mereka disanjung tinggi! Untuk label fesyen tempatan saya gemarkan rekaan Fizi Woo dan Rico Rinaldi. Diperhebat dengan perincian, rekaan mereka segar dan digarap lebih moden ”

Menghadiri Festival Busana Muslim di Monaco adalah antara momen yang terpahat di hati. “Ia adalah rancangan saat akhir. Kami di undang Datuk Seri Raja Shahrezza sendiri. Kembara ini adalah yang paling mengujakan dalam banyakbany­ak percutian yang direncanak­an kami berdua. Dari Cannes kami beralih angin ke Monaco dan seterusnya ke Paris. Biarpun ia dirancang pada saat akhir, Alhamdulli­lah semuanya lancar. Melihat akan busana-busana Muslim ini, sedikit sebanyak membuka mata saya untuk menikmati keindahann­ya. Ternyata kefahaman fesyen ini meluas. Biarpun menutup aurat, wanita juga boleh nampak cantik dan menarik. Tidak perlu untuk membuka sana-sini untuk tampil bergaya. Setiap garapan disimpan rapi di dalam kotak fi kiran.” Bila bertanyaka­n tentang koleksi kolaborasi bersama Fashion Valet, kata Fyza semuanya berlaku dengan sekelip mata. “Kami berjumpa dan saya menyuaraka­n hasrat hati. Seterusnya, saya hantar lukisan yang diolah sendiri dan langsung tidak sangka mereka memilih lukisan saya yang menggunaka­n fabrik bulu itu. Saya sukakan bulu! Jadi interpreta­si ini diterapkan di dalam koleksi ini untuk himpunan Lebaran. Harganya mampu dimiliki memandangk­an fabrik yang digunakan agak mahal,” terang Fyza mengakhiri butir bicaranya.

 ??  ?? TOP KAIT DAN CINCIN TWIST LOUIS VUITTON
TOP KAIT DAN CINCIN TWIST LOUIS VUITTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia