GLAM (Malaysia)

GLAM EXPOSE

GELARAN ‘DATIN’ UNTUK ISTERI NOMBOR DUA, TIGA DAN EMPAT. PERLU ATAU TIDAK?

- TEKS AZZA FARHANA

Salutation memang suatu topik yang banyak pecahan boleh diperdebat­kan. Pangkat atau gelaran menunjukka­n seseorang itu banyak berjasa kepada negara. Sebagai balasan atas bakti yang ditaburkan pada masyarakat dan negara, mereka layak dikurniaka­n gelaran atau pingat atau darjah kebesaran ini. Some would be led to believe that having a certain salutation shows that you have power and prestige.

Ya, ada benar juga, dengan pangkat kita dipandang tinggi, disegani dan bahkan dijadikan ikon. Tender projek pun lebih senang diluluskan. Oh ya, layanan istimewa juga justeru diberi. You are automatica­lly in the VIP or VVIP list. Pandangan masyarakat pada golongan ini pastilah mereka orang yang ‘ berduit’ atau lebih telus ‘ kaya’. Manamana majlis yang dihadiri, pastilah tempat duduknya di baris hadapan. Malah kalau ada acara makan, menu makanan VIP ini berbeza dengan hadirin lain, not to forget the door gifts as well, also dedicated specially for you. Itu antara layanan istimewa yang diberi kepada insan yang memiliki salutation.

Umum tahu lelaki Islam bisa bernikah empat. Jadi jika si suami dianugerah­kan gelaran, apakah pangkatnya digunakan oleh keempat-empat isterinya? Saya sendiri tidak pasti kerana lain pihak lain pula debatnya. Apa yang pasti, ada negeri memang terangtera­ngan menyatakan hanya isteri pertama sahaja yang layak untuk memakai gelaran mewakili suami. Datin, Datin Seri, Puan Sri, dan Toh Puan.

Akan tetapi ada negeri tidak menyatakan apa-apa sama ada pangkat itu boleh juga digunakan oleh isteri kedua, ketiga dan keempat. Misalnya di sisteminho­use.johor. gov.my ‘Etiket Dan Protokol Negeri Johor Darul Ta’zim’ oleh Haji Ramlee Bin Haji A. Rahman di bawah tajuk ‘Penggunaan Gelaran’ dinyatakan; isteri pertama sahaja boleh memakai gelaran Datin. Gelaran ini hanya kepada isteri pertama jika Datuk itu mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Gelaran itu masih boleh digunakan isteri pertama walaupun Datuk itu sudah meninggal dunia dan selagi balu tidak bernikah lagi. Isteri yang diceraikan oleh Datuk tidak boleh menggunaka­n gelaran itu. Jadi jika isteri kedua, ketiga atau

keempat mengikut suami yang membawa gelaran Datuk ini ke majlis, adalah salah jika pengerusi majlis membahasak­an si isteri dengan gelaran suami. Ini merupakan satu keunikan di Johor. Pun begitu, menurut beberapa teman peguam saya, masih belum ada undang-undang yang bertulis di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri sahaja dibenarkan mengguna gelaran daripada suami. It’s just my two cents dan bukanlah penyelidik­an yang tuntas.

Saya pernah diceritaka­n seseorang dek kerana mahu pangkat, si isteri memaksa suami ‘ beli’ pangkat itu. Walaupun ‘ dokumen-dokumen’ mereka adalah tidak sah dan palsu. Sanggup sekali mereka bayar berpuluh ribu atau beratus ribu ringgit hanya untuk memperoleh­i gelaran. Demi isteri si suami tidak ragu-ragu melakukan ‘ jenayah’ dengan membeli gelaran ‘Datuk’. Ya, jika tidak berjaya dapat di dalam negara, usaha tidak terhenti di situ sahaja, mereka cuba dapatkan salutation dari negara-negara jiran. Khabarnya ada pula kerajaan di negara-negara jiran yang sediakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri. Gelaran Tan Sri saya belum pernah dengar lagi setakat ini. Soal di terima ataupun tidak oleh kerajaan Malaysia itu bukan isu besar bagi mereka. Asalkan ‘title’ idaman sama ada Datuk atau Datuk Seri bisa diletak di hadapan nama. Sekaligus si isteri juga punya gelaran ‘Datin’. Dan tiket layanan VIP yang didambakan menjadi realiti. Begitulah fenomena dek kerana gilakan gelaran. Khabarnya anggaran untuk mendapatka­n gelaran daripada Sultan Sulu antara RM100,000 hingga ke RM300,000!

Seringkali saya dengar salesassis­tant di butik-butik mewah dimarahi kerana tidak memanggil nama pelanggan mereka dengan gelaran ‘Datin atau Datin Seri’. Berang si Datin memarahi sales assistant. “Excuse me, I am Datin Farah! Register that in your head for the next time I come. Lucu pun ada, selalu mereka serve isteri pertama, rupanya Datuk baru bernikah lagi. Masih belum ada rekod di dalam sistem mereka, kerana sebelum ini Datin Farah tidak pernah jejak ke butik X ini. Bagi pendapat peribadi saya, it’s not a big deal! Kalau dia mahu kita panggil dengan gelaran itu, panggil sajalah. Tetapi adalah lebih baik, tidak perlu lah tryingtooh­ard memaksa orang memanggil kita dengan

salutation itu. Jika benar mereka menghormat­i kita, pasti mereka akan bahasakan kita dengan gelaran yang kita warisi daripada suami. Tak kira Datin ke, Datin Seri ke, Puan Sri ke kerana gelaran itu daripada jasa suami, sedikit sebanyak keperibadi­an kita yang jelek akan bisa memberi efek pada persepsi orang ramai terhadap suami dan kariernya. Berbudi bahasalah sesama insan waima di dunia kita mempunyai perbezaan darjat bagai bumi dan langit tetapi di mata Allah kita semua adalah sama. Usah lah berasa darjat itu tinggi sangat dan tiket untuk menindas orang bawahan. Serlahkan jiwa yang bisa menanam rasa cinta seseorang pada kita. Character is power!

Hati ini selalu senang apabila berbicara dengan figura tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Empunya diri sememangny­a disanjungi ramai. Tetapi dirinya lebih selesa jika di sapa ‘Kak Siti’ atau ‘Siti’ bukan dengan gelaran ‘Datuk’. Maka, sesungguhn­ya lebih ramailah yang jatuh cinta dengan sifat merendah dirinya. Seperti kata bintang filem aksi popular, Bruce Lee, “With less effort, the faster and more powerful you will be.” Rasa hormat itu akan terbit sendiri kerana cantiknya sikap kita pada sesama insan. Maruah diri adalah lebih penting bukanlah gelaran yang dikejar. Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama juga digelar ‘Michelle’ jika ada sesi temuramah bersamanya di kaca TV.

Sejujurnya bagi saya, if we ourselves earned the title, sekaligus society akan lebih hormat dengan kita. Ya hasil penat lelah kita akhirnya diberi penghargaa­n, siapa tidak bangga atau gembira? Buktinya ramai wanita hari ini sudah berstatus Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri. Tetapi kalau gelaran itu daripada suami, kalau sudah bercerai secara logiknya sudah tidak boleh dipakai ‘title’ itu lagi. Namun masih ramai sahaja isteri di luar sana biarpun sudah berpisah dengan bekas suami, gelaran ‘Datin’ itu masih mahu dipakai. Mungkin bimbang tidak glamor lagi atau terkeluar dari high society circle! Syok ada gelaran ini, hidup diwarnai dengan layanan first- class. Betapa tidak sanggup untuk melupakan itu semua barangkali.

Realitinya pada hari ini sesiapa yang membawa gelaran Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, begitu juga pasanganny­a ia adalah suatu kebanggaan pada diri mereka. Tidak keterlalua­n jika saya katakan ia adalah sceptical Malay behavior yang terlalu membanggak­an diri dek kerana memiliki gelaran, pangkat dan harta. Tuhan saja tahu berlagakny­a seperti apa. Jiwa sepertikan meronta-ronta mahu dimuliakan oleh sesiapa sahaja yang mengetahui gelaran mereka. Dan tanpa segan silu bagi yang tidak mengetahui tentang gelarannya dia pula yang memberitah­u apa gelaran dirinya. Kalau mahu menghadiri majlis, mulalah membuat permintaan yang bukan-bukan yang menyusahka­n pihak organisasi majlis. Kadang-kadang apa yang di ‘request’ tidak masuk dek akal. Teman saya yang bekerja di bahagian pengurusan hotel pernah bercerita tentang satu kisah. There’s even VIP’S who want to be served exclusivel­y with gold cutlery sets. Yang benarnya yang meminta itu isteri keempat kepada Datuk X. Kata teman saya lagi, Datuk X pun jadi serba salah dengan permintaan si isteri tadi. Ya lah malu dengan teman-teman korporat semeja. Itu baru satu cerita, tidaklah saya mahu berkongsi semuanya di sini. ‘When you have power. You are the dictator.’

Kerana mahu pangkat, si isteri memaksa suami ‘beli’ pangkat itu. Walaupun ‘dokumen-dokumen’ mereka adalah tidak sah dan palsu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia