SELEKSI LUXE
Dedikasi multi trend yang mengujakan dari fabrik broked, sentuhan fur, corak inspirasi Morocco, neo victorian, potongan
tailored hingga ke gaya minimalis klasik. Segalanya pantas memberi sensasi dalam penggayaan yang boleh didapati dari ruang istimewa, Fashion Couture.
Fendi Rekaannya ringkas tapi tampak lebih serius. Hanya potongan dan penggunaan warnanya sahaja yang polos tetapi material serta pola
kekal kreatif.
Saint Laurent Paris
Senjata Hedi Slimane adalah ilham rekaan yang
rockandroll,edgy dan berani kerana wanita penggemar Saint Laurent memiliki attitude tersendiri amat ekspresif dalam melantangkan karakter peribadi mereka.
Burberry
Lupakan tentang rekaan minimal, pola ringkas yang membosankan! Christopher Bailey membahaskan erti eksotika bohemia dalam lagak yang lebih cool dan moden. Setiap rangkaian beg tangan dan aksesorinya tersedia bersama koleksi pakaian Burberry London.
MiuMiu
Apa yang dimaksudkan dengan terma fantastik dan fun oleh Miuccia Prada dalam himpunan ini adalah kebijaksanaan mengadaptasi fauxfur dengan adunan. Cetakan haiwan, corak, penataan berlapis serta penggunaan fabrik tweedhoundstooth tebal dalam rona candy yang lebih lantang.
Loewe
Kesinambungan pemakaian seluar
wide-leg dari musim lalu digunakan secara dominan pada himpunan musim ini. Mainan panel, corak, rona terang, kolar cowl, rona metalik untuk helaiannya selari dengan penggunaan aksesori yang juga menjadi tarikan utama khusus untuk himpunan ini.
Paul Smith
Rekaan segar adalah kunci utama bagi Paul Smith. Kot yang bagus, blazer butang satu, corak plaid, seluar pajama longgar, serta variasi kasut dan gelang gaya moden minimalis.