GLAM (Malaysia)

NEW YORK’S NEW GUARDS

-

Ji Oh Mainan rekaan yang diketengah­kan oleh Ji Oh adalah daripada bagaimana ibu bapanya bergaya. Kongsi Ji oh yang berasal daripada Busan, ibunya pernah berpesan yang setiap ceraian tidak boleh melebihi orang yang menyarungn­ya. Lantas ini menjadi resmi buat Ji Oh dalam melancarka­n jenamanya. Identiti rekaan pereka graduan Parsons ini bergantung pada seni yang lebih ringkas namun kekal sofistikat­ed serta mempunyai potongan yang bersih. Andrea Jiapei Li Semangat gadis tanah besar China dibawa penuh jitu oleh Andrea Jiapei Li ke Kota New York untuk melebarkan namanya dalam arena fesyen antarabang­sa. Ia membuahkan hasil sehingga koleksi tugasan semester akhir Li di Parsons mendapat perhatian Dover Street Market New York dan menjadi finalis pertanding­an H&M Design Award. Estetika rekaan Li bersifat konseptual dan dia percaya setiap rekaan perlukan cerita yang tersendiri. Protagonis­t Jenama asal New York ini pertama kali dilancarka­n pada 2013 oleh Kate Wendelborn. Pada mulanya dijual secara eksklusif di laman web The Line milik pasangan kembarnya, Morgan Wendelborn dan Vanessa Traina. Mula mendapat perhatian selepas Net-A-Porter dan Barneys menjual ceraian yang bernafas minimalist. Menariknya, setiap siluet yang dipersemba­hkan boleh digayakan dalam pelbagai cara mengikut karakter si pemakai.

Brock Collection Jika kebanyakan jenama sekarang mahu berjiwa ringkas, tidak buat Borck Collection kerana jenama ini mahu pencinta fesyen menghargai rasa romantik. Namun, hebatnya jenama yang diperkenal­kan pada 2013 adalah cara rekaan romantik yang dimadukan dengan cita rasa yang lebih mudah digayakan. Brock Collection turut menyelitka­n teknik adi busana hasil kreativiti pasangan suami isteri, Laura Vassar dan Kristopher Brock. Achtland Jenama ini telah dilancarka­n oleh Oliver Luhr dan Thomas Bentz sejak empat tahun lalu dan hanya tahun ini Achtland melebarkan sayapnya ke kota New York. Sebelum ini London dan Berlin menjadi lokasi buat Achtland. Visi yang dibawa jenama ini adalah bagaimana memadukan dua paksi yang berbeza menjadi satu. Lalu boleh dilihat melalui koleksi musim luruh 2015 yang mana ceraian klasik seperti kardigan serta jaket diserikan dengan perincian

applique metalik.

 ??  ?? JI OH
JI OH
 ??  ?? ANDREA JIAPEI LI
ANDREA JIAPEI LI
 ??  ??
 ??  ?? ACHTLAND
ACHTLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia