GLAM (Malaysia)

SHOW Tanya Taylor AW’15

LEAD ARTIST Uzo

-

Solekan yang benar-benar bersih dan bercahaya. Wanita Tanya Taylor mempunyai kulit bercahaya, tanpa perlu warna ceria. Koleksi musim ini memperkena­lkan jalur grafi k, dan watak marin yang diilhamkan pada pakaian kerana ia begitu indah tetapi rumit. Jadi, solekan yang dihasilkan Uzo yang juga bergelar Internatio­nal lead Makeup Stylist di Nars dan Tanya Taylor lebih tertumpu kepada tatarias yang bersih, ringkas, moden dan bergaya. “Walaupun musim luruh/sejuk anda tidak perlu tertumpu kepada solekan bibir berani atau mata berani, malah kulit yang benar-benar moden adalah kulit yang bersih, sedikit detil pada mata dan bibir yang cerah,” terang Uzo. Jelas sekali, Uzo telah mencipta magis pada kulit wanita Tanya Taylor dengan menampilka­n sedikit cahaya untuk mendapatka­n kulit berseri. AllDay Luminous Weightless Foundation yang baru dilancarka­n pada musim ini memberikan liputan yang mewah tetapi kulit masih kelihatan seperti kulit. Sedikit detil pada mata, pembayang mata nude, cerah dan rosy, tanpa penggaris mata tetapi menekankan layangan Audicous Mascara dengan formula baru yang akan memberi solekan asas yang anda idamkan. So it gives the women in today’s world more options, more choices to pick the trend that actually works for you. Kulit Prep dengan NARS skin Luminous Moisture Cream dan Total Replenishi­ng Eye Wajah Aplikasika­n Pore Refi ning Primer pada seluruh wajah untuk mencipta solekan asas yang baik • Mesrakan All Day Luminous Weightless Foundation agar kulit kemas dan sekata. • Dengan #12 Concealer Brush, dab dan mesrakan Radiant Creamy Concealer lembut pada bahagian mata • Lengkapkan solekan dengan Pressed Powder • Sisir kening ke atas dan rapikan dengan menggunaka­n Oural Brow Gel Pipi Oleskan Copacabana Illuminato­r dan Multiple pada tulang pipi dan tulang dahi dengan Laguna Illuminato­r dan South Beach Multiple untuk ton kulit gelap. Mata Dengan #42 Blending Eyeshadow Brush, sapukan Nepal Shimmer Eyeshadow di seluruh kelopak mata. • Sapukan Tribulatio­n Blush pada soket atas mata sehingga tulang kening Bibir Oles beberapa lapisan Bangkok Pure Matte Lipstick, Madère Pure Matte Lipstick and Biscayne Park Satin Lip Pencil untuk efek rona pic plum.

“A subtle, palet moden yang menampilka­n kulit yang bercahaya, mata yang disenyapka­n dan ilusi bibir menjadi latar belakang sempurna untuk ilham marin dengan cetakan hologram, sulaman tulang belakang dan jalur grafik.” Uzo

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia