GLAM (Malaysia)

Atelier Bak Arca Moden

Struktur butik bagai karya instalasi moden, ilham disebalik seni bina House of Dior ini adalah dari seni kraf haute couture Dior sendiri. Megah berdiri di tengah-tengah Seoul, Korea, butik berkenaan adalah yang terbesar di Asia.

- Oleh SUZIE ADNAN Gambar DIOR

Tersergam megah struktur enam tingkat di lokasi strategik, di tengahteng­ah pusat bandar Seoul. Beralamat di Cheongdam, butik flagship Dior terbesar Asia ini mengetenga­hkan seni bina moden yang jauh mencabar imaginasi. Arkitek masyhur, Christian de Portzampar­c melestarik­an ilhamnya menerusi fantasi masa depan selaras dengan visi Raf Simons yang melangkaui zamannya. Bak seni moden berupa arca gergasi yang agung, butik yang dicanang namanya sebagai House of Dior ini laksana mercu tanda fesyen lantas memateri kedudukann­ya sebagai label mewah paling gah di bumi Korea dengan reputasi yang langsung merentasi benua Asia Timur.

Melangkah masuk ke dalam butik ini, arca daripada artis Korea, Lee Bul menyambut kedatangan para tetamu. Sesungguhn­ya House of Dior menjanjika­n pelbagai elemen kejutan. Siapa lagi kalau bukan Peter Marino yang mengilhamk­an seni dalamannya, tentulah reka hias butik sama gah dengan visual luarannya. Olahan mewah gandingan kayu, lakuer serta kulit; lantas inovasi rekaan ini mencetus sensasi pada segenap deria. Tangga spiral bak reben membawa tetamu ke aras ready-to-wear wanita. Dinding pula ibarat skrin gergasi yang menyiarkan pergerakan berseni perincian sinonim Dior. Turut tersedia adalah galeri seni dengan salun peribadi yang lengkap bergantung karya Marc Polidori. Istimewany­a House of Dior ini, mungkin juga terletak pada kewujudan Dior Café di tingkat yang paling atas. Kafe eksklusif ini menawarkan pengalaman kulinari berupa gourmet selain menu tawaran chef pastri mashyur, Pierre Herme.

ESPIRIT DIOR Instalasi antarabang­sa ketiga yang diadakan di Dongdaemun Design Plaza ini menampilka­n pameran bersiri Dior yang berjudul ‘Espirit Dior’. Kolaborasi bersama artis-artis tempatan terkemuka Korea, karya-karya seni yang unik menjadi bahan tumpuan ramai pencinta seni yang datang dari segenap pelusuk Asia. Antara nama besar yang diberi penghargaa­n untuk menayangka­n karya masing-masing dalam kotak-kotak pameran tematik Dior adalah Kim Dong Yoo, Heryun Kim serta Ki Won Park.

 ??  ??
 ??  ?? AYMELINE VALADE & TOP
AYMELINE VALADE & TOP
 ??  ?? SANDARA PARK
SANDARA PARK
 ??  ??
 ??  ?? TIFFANY
TIFFANY
 ??  ?? VICTORIA
VICTORIA
 ??  ?? HAN CHAE YOUNG
HAN CHAE YOUNG
 ??  ?? KO SO YOUNG & SIDNEY TOLEDANO
KO SO YOUNG & SIDNEY TOLEDANO
 ??  ?? SHIN SE KYUNG
SHIN SE KYUNG
 ??  ?? LEE SOO
HYUK
LEE SOO HYUK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia