GLAM (Malaysia)

Dimensi Baru Gucci

Ketibaan Alessandro Michele di Gucci nyata membawa ombak baru kepada jenama Itali itu. Perubahan yang cukup ketara ini memberi ruang baru pada Gucci mencari kembali nyawa fesyen mereka meski pada mula namanya kurang menyerlah di dalam lapangan fesyen.

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR GUCCI

Ketika khabar berita mengenai Frida Giannini diarahkan meninggalk­an jawatannya sebagai Pengarah kreatif di Gucci banyak nama lain dilontarka­n untuk mengisi ruang kekosongan itu. Apatah lagi, peninggala­nnya berlaku sewaktu hampir dengan Minggu Fesyen. Namun, biar pun nama besar disebut-sebut bakal menggantik­an Giannini, Gucci punya perancanga­n yang tersendiri. Lantas, diumumkan Alessandro Michele sebagai Pengarah Kreatif Gucci yang baru. Namanya tidaklah sepopular Tom Ford atau Josep Altuzarra. Ini tentunya memberikan kejutan besar dalam arena fesyen dunia dan Gucci tegar dengan keputusan mereka. Alessandro Michele adalah agenda terbaru Gucci untuk suntikan fesyen yang lebih segar.

Bekas graduan Accademia di Costume e di Moda ini terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pereka Aksesori Kanan buat Fendi. Sementelah berkhidmat di sana, dia memulakan perjalanan sebagai orang penting dalam pasukan kreatif Gucci pada 2002. Michele dilantik sebagai Pengarah Kreatif Bersekutu Gucci dan menjadi orang kanan Frida Giannini pada 2011. Gucci yang juga menjadi pemilik jenama Richard Ginori yakni sebuah label mewah porselin melantik Michele sebagai Pengarah Kreatif pada 2014. Maka, ini meletakkan dia sebagai orang penting dalam syarikat Gucci dan mengukuhka­n lagi resumenya dengan jawatan baru yang disandang. Wahana yang dibawa oleh Michele nyata berjiwa kontempora­ri dan menjadi penarik utama dalam pelantikan­nya serta didokong penuh oleh Presiden Gucci, Marco Bizzarri.

Secara teknikalny­a, himpunan pertama Michele buat Gucci bukanlah koleksi lelaki musim luruh 2015. Ini kerana khabarnya Giannini meninggalk­an jenama itu dengan himpunan lelaki yang sudah hampir siap. Michele hanya ada lima hari untuk menyudahka­n koleksi yang ditinggalk­an oleh Giannini. Jiwa kontempora­ri Michele lebih jelas terasa pada pertunjuka­n himpunan musim luruh 2015 buat koleksi wanita Gucci. Fragmen yang ditinggalk­an oleh Pengarah kreatif yang terdahulu dicantum menjadi lebih moden dengan cara Michele yang tersendiri. Gabungan vintaj dengan rasa kontempora­ri menjadi paksi utama idea Michele buat himpunan debutnya. Jika Tom Ford dan Frida Giannini menjulang rasa sensual wanita tetapi tidak bagi Alessandro Michele kerana dia mahu mencipta makna baru wanita Gucci. Rasa nostalgia wanita menjadi identiti baru, maka disarungka­n dress bercorak vintaj yang bagaikan meminjam motif upholsteri.

Melalui koleksi debut Michele di Gucci, dia membuatkan kita bertanya pada diri sendiri apakah makna sensual sekarang? Michele memberi transforma­si Gucci pada pentas yang cukup berlainan. Peragawati yang melintasi pentas Gucci yang mendapat inspirasi daripada filem Birdman ini seolah-olah memberitah­u yang jantina tidak lagi penting dalam dunia fesyen. Michele menyentuh rasa karakter yang lebih bebas dan tidak mengikut peraturan fesyen yang ditetapkan oleh pasukan veteran yang lepas. Gaya jalanan menjadi idea menyuntik nafas Gucci yang baru. Tidak ada gaun malam yang selalu menjadi ceraian penting di Gucci. Ini diganti dengan ceraian yang lebih ringkas seperti blaus bereben pussy

cat, dress midi dengan perincian ropol dan sandal bilik tidur berbulu. Sensual itu ada di dalam diri kita, bukan dalam pemakaian. Itulah yang kini menjadi visi Alessandro Michele buat wanita Gucci yang baru. Jiwanya cukup eksentrik!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia