GLAM (Malaysia)

Cinta Terpateri Di Tiffany

It’s an open secret. Setiap bakal pengantin mendambaka­n cincin perkahwina­n Tiffany & Co. Mengapa? Kerana tiada kata yang dapat menggambar­kan perasaan kala disua kotak biru ikonik sewaktu si dia melutut meluahkan hasrat untuk sehidup semati. Cincin berlian

- OLEH SUZIE ADNAN GAMBAR T IF FANY & CO

Tanyalah mana-mana bakal pengantin. Siapa yang tidak ingin cincin solitaire daripada Tiffany & Co sebagai cincin perkahwina­n? Itu adalah impian terhebat mana-mana ratu sehari. Kerana sebagai memperinga­ti hari paling bersejarah dalam hidup, tentunya hanya yang terbaik yang layak menghiasi jari manis anda. Hidup baru bakal bermula, alangkah indahnya jikalau cincin yang bakal disarungka­n seumur hidup anda adalah daripada Tiffany & Co!

Tiffany & Co sudah sinonim sebagai sebuah jenama yang menjaja idea cinta abadi. Tradisi ini sudah lama bermula sejak 1886 lagi sewaktu Charles Lewis Tiffany memperkena­lkan cincin perkahwina­n Tiffany dengan setting klasik unik berupa enam cengkaman daripada emas putih mengikat sebutir berlian kualiti tertinggi. Anda juga boleh memilih daripada lain-lain rekaan seperti berlian potongan yang cukup elegan untuk wanita hari ini.

Sebagai alternatif kepada emas putih yang tradisiona­l dan klasik, anda boleh beralih angin dengan mencuba cincin perkahwina­n yang diikat emas merah. Tiffany & Co menawarkan seleksi terbaik aneka gaya daripada emas merah 18 karat. Glamor dan menyerlah, emas merah tampak berseri di atas kulit serta serasi dengan rona neutral.

Tahukah anda yang hanya 99.96 peratus sahaja berlian dunia yang layak memenuhi kriteria Tiffany & Co? Ini adalah kerana jenama mewah ini cuma inginkan berlian yang terbaik sahaja. Apabila permata terbaik sudah berada dalam tangan, rekaan setting cincin direka bagi memenuhi kehendak bentuk berlian yang diterima. Dalam erti kata lain, setiap satu cincin perkahwina­n Tiffany & Co adalah unik. Tiada berlian yang dipotong bagi memenuhi setting tertentu (cut to fit).

Setiap pembeli cincin Tiffany & Co akan menerima sijil yang tertulis akan gred serta informasi gemologi dengan spesifi k. Anda juga tidak perlu resah dengan pelaburan yang dilakukan kerana Tiffany & Co memikul tanggungja­wab dalam memastikan berlian-berliannya didapati daripada sumber sah yang etikal dan tidak memudaratk­an alam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia