GLAM (Malaysia)

The Plastic Debate

- OLEH NISA’ HALID

Persoalan tabu yang sering mengganggu setiap benak fi kiran wanita. Yang memahami apa itu pembedahan plastik pasti sudah lali dengan prosedur mengubah penampilan sedia ada jadi lebih baik. Ada kerana setiap orang punya idea yang berbeza tentang apa jua perkara, termasukla­h yang satu ini. Mulanya, saya juga kurang arif tentang isu ini, namun setelah membuat rujukan di internet juga berpeluang berjumpa dengan pakar pembedahan dan juga menemubual pesakit mendapatka­n testimoni, minda makin terbuka menerima fenomena pembedahan plastik di Malaysia. Barulah saya menilainya kepada satu perspektif yang lain.

Teringat kala di korea, kemana sahaja saya pergi ada sahaja manusia yang berbalut. Ada yang berbungkus di kepala, di rahang dan ada pula bertampal hidung dan mata. Semuanya melakukan pembedahan plastik.

Satu-satunya sebab wanita mahupun lelaki memilih melakukan pembedahan kosmetik adalah untuk memperbaik­i penampilan tubuh dan meningkatk­an keyakinan diri. Seperti cerita-cerita yang sering terpampang di timeline Facebook yang kian gian membezakan wajah sebelum dan selepas pembedahan diikuti cerita di sebaliknya. Ada yang simpati, ada juga yang mengeji. Sekali lagi, terpulangl­ah kepada individu itu sendiri. Pasti anda tahu, pembedahan kosmetik adalah agak berbeza daripada pembedahan rekonstruk­tif yang biasanya dilakukan sebagai tindak balas kepada trauma, kecacatan atau penyakit dan bertujuan untuk meningkatk­an fungsi atau menonjolka­n penampilan sebelumnya. Of course, wanting to look good is a common goal.

 ??  ?? TUBUH BERBENTUK TURUT BOLEH DIKECAPI SECARA NONINVASIV­E MENERUSI PRODUK DR. BRANDT INI LINDA EVANGELIST­A MENJADI SUBJEK ISU PLASTIC SURGERY VOGUE ITALI
TUBUH BERBENTUK TURUT BOLEH DIKECAPI SECARA NONINVASIV­E MENERUSI PRODUK DR. BRANDT INI LINDA EVANGELIST­A MENJADI SUBJEK ISU PLASTIC SURGERY VOGUE ITALI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NICOLE KIDMAN DI KRITIK KERANA MENCUCUK BOTOKS HINGGA MENGHILANG­KAN EKSPRESI WAJAHNYA
NICOLE KIDMAN DI KRITIK KERANA MENCUCUK BOTOKS HINGGA MENGHILANG­KAN EKSPRESI WAJAHNYA
 ??  ?? SERUM DR SEBAGH DIKATAKAN ANTARA YANG TERBAIK DI PASARAN
SERUM DR SEBAGH DIKATAKAN ANTARA YANG TERBAIK DI PASARAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia