GLAM (Malaysia)

SPA GAYA EROPAH

Serlah seri wajah segera dengan sempurna menerusi rawatan wajah paling efektif. Cerah berawan nan berseri-seri, hasil rawatan di spa Caudalie.

-

Hari yang sibuk dan cuaca yang sukar diramal menyebabka­n anda berasa letih, tidak bermaya. Ini membuatkan kulit tampak letih dan wajah kelihatan kusam, tidak berseri. Pasti ramai di antara kita yang perasan apabila banyak tandatanda muncul yang menandakan kulit mulai kusam. Paling ketara tentunya kehilangan kecerahan kulit, kekurangan air ditambah sel-sel kulit mati membawa kepada pembentuka­n lapisan gelap pada kulit. Perhatikan bintik kesan sinar matahari, ini tanda pertama bermulanya kulit yang kehilangan seri.

Sekali lagi saya mengunjung­i spa, hari ini saya ke spa Caudalie. Rawatan wajah Caudalie Vinoperfec­t Radiance Facial selama 60 minit ini amat sesuai untuk merawat kulit letih. Bagi saya yang sering mengembara ke luar negara dengan cuaca yang berbeza, rawatan ini dengan sertamerta mengembali­kan keserian wajah langsung memulihkan keadaan kulit tidak sekata. Urutan sculpting menggunaka­n minyak pati, menggabung­kan batu-batu basalt panas dan sejuk bagi memaksimum­kan kilauan kulit. Dan yang paling menenangka­n, lembut lagi berkesan adalah Enzymatic Peel Mask yang diaplikasi­kan pada wajah. Bagi menyempurn­akan rawatan ini, sentuhan terakhirny­a adalah produk terlaris Vinoperfec­t Radiance Serum yang disapukan pada kulit agar lebih cerah dan sekata.

Ritual kecantikan bermula dengan langkah pertama yakni dengan menanggalk­an solekan, membersihk­an dan menyegarka­n kulit. Saya peminat nombor satu Beauty Elixir dan Grape Water. Selepas semburan itu, nyata kulit saya lebih segar dan pori-pori seakan mengecil. Selepas itu, kening dibentuk supaya lebih kemas sebelum rawatan batu-batu panas dan sejuk diurut pada wajah. Kala pupur diaplikasi­kan, saya tidak ditinggalk­an keseoranga­n. Pakar terapi mengurut pula kedua belah tangan. Sungguh selesa dan menenangka­n!

 ??  ??
 ??  ?? VINOPERFEC­T
RADIANCE FACIAL 60MINS,
RM299
VINOPERFEC­T RADIANCE FACIAL 60MINS, RM299
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia